Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 14 May 2013

Tips Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27


Assalamualaikum w.b.t.. Tentang temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 ni, bukan Eraz ya, tapi adik Eraz yang sedang belajar di UMT tu.. Kalaulah surat tak sampai semalam, memang akan terlepas la.. Semak online, memang jarang sekali la buka.. Dia sekarang di semester akhir untuk program degree.. Walaupun jawatan itu untuk gred N27, cuba je nasib kot-kot sangkut..

Sedikit tips untuk sesiapa yang nak pergi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27, selalunya seorang Penolong Pegawai Tadbir akan mengendalikan bidang pengurusan, aspek pentadbiran pejabat, hal-hal kewangan macam belanjawan, prosedur pembelian, tuntutan serta mereka juga perlu tahu hal-hal teknologi maklumat.. Lain-lain tugas tu, bergantung pada bos la ya..

Selain tu, masa temuduga, pertuturan kena la jaga.. Pandai bercakap.. Lagi pengetahuan AM dan isu semasa.. Make sure tengok berita dan baca paper beberapa hari sebelum pergi temuduga... Lagi kejujuran... Bagi Eraz, kejujuran kena la ada dalam cara menjawab dan tunjukkan kesungguhan.. Yang lain-lain tu, cuba la search lagi...

Jadi good luck untuk semua calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 terutama untuk adikku tersayang.. Pergilah awal sikit ya, kang tak de parking la, sesat la, apa la.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 comments:

  1. semoga berjaya buat adik eraz. :)

    ReplyDelete
  2. saya dah di interview pada 9/05/2013...kat SPA jalan p.chepa..:)

    ReplyDelete
  3. pernah interview penolong pegawai tadbir tapi tak der rezeki....

    ReplyDelete
  4. Normi Nieza
    soalan apa yang dia tanya untuk jawatan tu yer
    saya pun ada juga interview 22 mei ni di spa pengkalan chepa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. kite tunggu dia jawab.. hehe

      Delete
  5. turn sy utk interview PPT ni esok.
    doakan sy berjaya :)

    ReplyDelete
  6. Normi Nieza
    soalan apa yang dia tanya untuk jawatan tu yer
    saya pun ada juga interview 22 mei ni di spa pengkalan chepa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. kite tunggu dia jawab.. hehe

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.