Friday 10 May 2013

Kisah Menyayat Hati, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tahu tentang kisah menyayat hati, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor? Semalam Eraz tengok berita dan dengar kata-kata ibu Amyliana.. Mayat Nur Amyliana Shuhada yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di kawasan parking kereta Rabu lalu.. Mayat kanak-kanak perempuan yang baru berumur 11 tahun, ditemui terbaring di bahagian tepi parking kereta pada pukul 11.30 malam..

Pemeriksaan awal pihak hospital mengatakan Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.. Keluarga Nur Amyliana Shuhada baru berpindah ke Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut bapanya yang bertukar tempat kerja..

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nur Amyliana Shuhada dan Al-Fatihah disedekahkan kepada arwah.. Tidak dapat bayangkan perasaan keluarga Nur Amyliana Shuhada.. Sentiasa mendoakan agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada keluarga sendiri dan keluarga-keluarga yang lain.. 

Insaflah wahai manusia-manusia yang sanggup melakukan kerja seperti itu.. Fikirkan jika ahli keluarga anda yang diperlakukan, aku perasaan kamu?

Sumber

18 comments:

  1. kejinya si penjenayah tu...

    ReplyDelete
  2. tumpang sedih dgn berita nie..kesian ibunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ibunya masih bersedih lagi mengenangkan peristiwa tu..

      Delete
  3. semoga yang melakukan kesalahan mendapat hukuman setimpal

    ReplyDelete
  4. tak sanggup nak baca paper kisah begini...sedih sangat....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta jauh berlaku pada keluarga kita dan manusia lain..

      Delete
  5. tertengok gambar dia dlm berita semlm... kesian.. moga orang yang bertanggungjawab dapat ditangkap n dihukum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

      Delete
  6. pagi tadi terdengar jugak... memang x ada hati perut betul orang yang buat kerja tu... budak pun nak dijadikan mangsa...

    ReplyDelete
  7. manusia laknat.... tak akan terlepas di dunia dan juga akhirat... tunggu sahaja tali gantung menunggumu...

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya... tak sanggup rasanya...

    ReplyDelete
  9. terbayangkan penderitaan mangsa..moga pelakunya mendapat balasan setimpal!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.