Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t.. Hari Guru tanggal 16 Mei memang diraikan oleh semua rakyat Malaysia.. Masih ingat dalam ingatan tentang sambutan Hari Guru.. Jika ada sambutan, sibuk mencari hadiah untuk cikgu.. Nak bagi pada semua guru memang tak mampu la.. Jadi hanya untuk guru-guru terpilih je la setiap tahun..

Selamat Hari Guru, Eraz nak ucapkan pada semua guru di Malaysia terutama guru-guru yamg telah berbakti mengajar Eraz bermula dari Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan universiti.. Selain tu untuk kawan-kawan Eraz yang bergelar guru antaranya Zamani, Mija, Ieja, Joe, Ibu Shimah, Sharah, Wahida dan semua-semua yang lain la.. Juga rakan blogger yang bergelar guru.. Selama Hari Guru..

Kata-kata sempena Hari Guru : Jasa guru-guru memang sangat besar.. Jasanya akan dikenang sampai mati.. Ilmumu juga akan digunakan sampai mati.. Betapa besarnya jasa guru-guru.. Guru ibarat lilin.. Lastly, Selamat Hari Guru..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 12 May 2013

Hari Jururawat Sedunia, 12 Mei

Assalamualaikum w.b.t.. Selain daripada menyambut Hari Ibu 2013 di Malaysia, rupa-rupanya tarikh hari ini juga merupakan Hari Jururawat Sedunia.. Kebetulan sekarang Eraz berada di Hospital Machang sebab teman ibu ambil ubat, so sempat la snap tanda Hospital Machang tu.. Jadi jika seorang jururawat itu sudah bergelar ibu, dapat sambut kedua-dua sekali.. Kalau hari ni hari Jadi pula, sambut 3, 3 terus!

So, selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia pada semua jururawat di Malaysia dan seluruh dunia.. Semoga dapat memberi khidmat yang lebih cemerlang dah terbilang! Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila.. Peace no war..

#Banyak betul plan hari ni yang ada dalam list.. Fuh! Cuti sehari, esok dah kerja.. Penat kerja Jumaat Sabtu pun belum hilang..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 4 May 2013

Keputusan Penuh PRU 13, 2013 Harapan Korang ialah ...

Assalamualaikum w.b.t.. Keputusan Penuh PRU-13 Harapan Korang ialah ...? Hanya korang yang boleh jawab sebab korang adalah pengundinya.. Masing-masing mempunyai pilihan masing-masing atas dasar pilihan masing-masing.. Jadi esok, 05 Mei 2013 - Ahad merupakan hari pengundian serentak seluruh Malaysia.. Jadi, luangkan sedikit masa untuk menentukan keputusan penuh PRU - 13 di tahun 2013 ni..

Rasanya ramai yamg sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab bagi menentukan keputusan penuh PRU-13.. Samada balik dengan kereta, motosikal, berhati-hatilah dijalan raya.. Ingatlah orang tersayang.. Bagi yang naik flight, selamat tiba ke kampung halaman masing..

Bersama entri ini, Eraz attachkan 7 langkah pengundian untuk informasi korang terutama bagi yang pertama kali mengundi.. Senang je aturcaranya.. Korang tak kan sesat atau ambil masa yang lama..  Kecuali, masa korang pergi tu, beratur panjang sebab orang ramai.. Apa-apa pun, selamat mengundi kerana satu undi korang akan menentukan keputusan penuh PRU-13 ni..

Selalunya malam selepas pukul 8 malam, akan diumumkan satu persatu keputusan PRU-13.. Memang melekat depan TV la malam tu demi mengetahui keputusan penuh PRU-13..

#Kita tengok dakwat kekal akan kekal selama berapa hari.. Selamat mengundi!


Read more ...

Sunday, 21 April 2013

Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Entri khas ini Eraz nak senaraikan Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan.. Kepada Negeri Kelantan je? Sebab Eraz anak jati Kelantan.. Sedia maklum bahawa semalam telah sempurna penamaan calon bagi PRU-13.. Kalau nak senaraikan semua, penuh la entri ini.. Tapi kalau korang nak semak juga Senarai calon PRU-13 Negeri Sarawak, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, korang boleh klik link INI..

Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan (Rujuk Senarai Bergambar di bawah)

Petunjuk -
Parlimen : P - DUN : N

P.019 Tumpat - N.01 Pengkalan Kubor, N.02 Kelaboran, N.03 Pasir Pekan, N.04 Wakaf Bharu
P.020 Pengkalan Chepa - N.05 Kijang, N.06 Chempaka, N.07 Panchor
P.021 Kota Bharu - N.08 Tanjong Mas, N.09 Kota Lama, N.10 Bunut Payong
P.022 Pasir Mas - N.11 Tendong, N.12 Pengkalan Pasir, N.13 Chetok
P.023 Rantau Panjang - N.14 Meranti, N.15 Gual Periok, N.16 Bukit Tuku
P.024 Kubang Kerian - N.17 Salor, N.18 Pasir Tumboh, N.19 Demit
P.025 Bachok - N.20 Tawang, N.21 Perupok, N.22 Jelawat
P.026 Ketereh - N.23 Melor, N.24 Kadok, N.25 Kok Lanas
P.027 Tanah Merah - N.26 Bukit Panau, N.27 Gual Ipoh, N.28 Kemahang
P.028 Pasir Puteh - N.29 Selising, N.30 Limbongan, N.31 Semerak, N.32 Gaal
P.029 Machang - N.33 Pulai Chondong, N.34 Temangan, N.35 Kemuning
P.030 Jeli - N.36 Bukit Bunga, N.37 Air Lanas, N.38 Kuala Balah
P.031 Kuala Krai - N.39 Mengkebang, N.40 Guchil, N.41 Manek Urai, N.42 Dabong
P.032 Gua Musang - N.43 Nenggiri, N.44 Paloh, N.45 Galas


Kredit Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan : Kosmo

Read more ...

Wednesday, 10 April 2013

SPR : Tarikh Pengundian Pilihan Raya Umum 13 / 2013 dan Tarikh Penamaan Calon

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini, Rabu, 10 April 2013, SPR telah membuat pengumuman tentang Tarikh Mengundi / Pengundian Pilihan Raya Umum ke 13 Tahun 2013 serta Tarikh Penamaan Calon.. Nampak berita ni ditayangkan siaran langsung di TV3 dan siaran lain untuk pengumuman tarikh mengundi pilihan raya umum 2013 ini.. Berikut adalah tarikh yang mungkin ramai yang menanti..

Tarikh Penamaan Calon : 20 April 2013, Sabtu
Tarikh Pengundian Awal / Undi Pos : 30 April 2013, Selasa
Tarikh Mengundi / Pengundian Pilihan Raya Umum 2013 / Tarikh Buang Undi : 05 Mei 2013, Ahad

Terjawab semua pertanyaan tentang tarikh pilihan raya umum ke 13 / 2013 atau dengan kata lain tarikh pengundian / buang undi! Jadi, keluarlah mengundi pada 05 Mei 2013 - Ahad !

Read more ...

Sunday, 7 April 2013

Shila Amzah, Penyanyi Wanita Popular ABPBH Ke 26 Tahun 2012



Assalamualaikum w.b.t.. Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 26 bagi tahun 2012 sedang berlangsung sekarang.. Eraz tak nak komen tentang ABPBH 2012 ni secara keseluruhan sebab MALAS.. Tapi just nak ucapkan TAHNIAH kepada Shila Amzah sebab berjaya menang kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2012 tahun ni.. Tahniah!!

Malam ni Shila Amzah diwakilkan oleh adiknya, Syada Amzah.. Shila mungkin sedang berada di China atau mana-mana negara oversea sekarang.. Semestinya Shilalas sangat berbangga sekarang sebab usaha mereka dan Shila Amzah sendiri, berhasil..

Pemenang tahun lepas iaitu Yuna juga terbaik kerana kedua-dua mereka sekarang sedang membawa nama Malaysia di merata dunia dengan cara masing-masing.. Jaclyn Victor dengan suaranya, Najwa Latif dengan lagu-lagunya serta Stacy dengan gerak tariknya juga terbaik.. Cuma mungkin kali ini rezeki Shila Amzah!

#Tahniah Shila Amzah selaku pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2012.. Mendaki 'tangga, secara perlahan membuahkan hasil sekarang..
Read more ...