Sunday 5 May 2013

Berita Terkini : Helikopter Datuk Seri Hishammuddin Terbalik

Assalamualaikum w.b.t.. Helikopter Datuk Seri Hishammuddin Terbalik.. Berita ini Eraz dapat tahu melalui radio Suria FM tadi.. Mula-mula ingatkan dah beberapa keputusan rasmi tentang PRU 13, tetapi dapat berita ini pula...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan keluarganya  terselamat selepas helikopter yang dinaikinya terbalik di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, petang tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.50 petang, selepas pesawat berkenaan hilang kawalan ketika ingin mendarat akibat tiupan angin.Ketika kejadian, Hishammuddin bersama isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya dalam perjalanan pulang dari Johor apabila cuaca dan angin kencang menyebabkan helikopter itu tergelincir.

SUMBER

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.