Monday 11 August 2014

Nannini - Kaca Mata Terkemuka Dari Itali


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah dengar tentang kaca mata Nannini? Ianya salah satu kaca mata yang terkemuka dari Itali.. Kenapa? Kerana ianya kaca mata rabun tua boleh-lipat yang ternipis di dunia..

Siapa dikalangan kita atau keluarga kita yang proses membacanya menjadi semakin sukar dan penglihatan menjadi kabur apabila umur meningkat? Dan mungkin ada perkara yang dahulunya mudah dilakukan kini semakin sukar and mata seolah-olah mengalami proses penuaan dengan cepat.. Kesemua itu adalah tanda-tanda anda mengalami presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan oleh faktor usia..

Kini, anda dapat tua dengan bergaya.. Kenapa? Terbaik daripada Nannini.. Memperkenalkan kaca mata rabun tua Nannini yang berasal dari Itali.. Ia merupakan kaca mata yang paling nipis di dunia dengan rekaan yang menarik serta mudah dibawa ke mana sahaja..


Nannini, Tradisi Pembuatan Kaca Mata Yang Cemerlang

Gimax Sdn. Bhd. merupakan pengimport dan pengedar ekslusif Nannini di Malaysia. Nannini merupakan jenama Itali yang termahsyur di seluruh dunia dengan rangkaian kaca mata yang berkualiti tinggi dan inovatif. Ia adalah ciptaan pakar kaca mata yang terkenal iaitu Encik Giorgio Nannini. Pada tahun 1962, Encik Nannini memulakan cipataannya yang paling kreatif iaitu kaca mata rabun tua yang ternipis di dunia. Beliau telah mereka kaca mata ini berlandaskan konsep mudah bawa, ringan, tahan lasak dan cantik serta bergaya apabila dipakai. Maka, lahirlah siri Kaca Mata Nannini rabun tua yang memenangi pelbagai anugerah di Itali dan seluruh dunia.

Revolusi . Inovatif . Bergaya

Kaca mata Nannini direka dan diperbuat di Itali sepenuhnya.
Dengan kemahiran serta ketelitian yang tinggi, Nannini menggunakan bahan yang paling berkualiti dan teknologi terkini untuk menghasilkan siri kaca mata yang terkenal di dunia. Falfasah dan prinsip ini berkekalan sehingga hari ini dan merupakan pegangan yang paling penting untuk jenama Nannini. 

Anugerah:
  • 1995 Anugerah Rekaan Baik Jepun (Japan Good Design Award)
  • 1997 Anugerah Internasional Itali (Italian International Award — Belluno — Italy)
  • 1998 Anugerah “Compasso d’oro” Itali(Italian “Compasso d’oro” Award) 
  • 2000 Tokyo International Optical Show, Kaca mata terbaik tahunan (Tokyo International Optical Show, Eyewear of the Year 

Nannini : Kaca Mata Boleh-Lipat Yang Ternipis Di Dunia


  • Rekaan Yang Nipis dan Boleh Lipat 
Apabila dilipat, kaca mata rabun tua Nannini hanya setebal 7mm. Mekanisma penglipatan berpaten PVT (Pivoting Folding Temples) tidak menggunakan sebarang skru atau pin membolehkan ianya dilipat sehingga menjadi sangat nipis dan rata. Ia dilindungi di dalam kotak yang direka khas untuk memastikannya senang dibawa ke mana sahaja.


  • Kanta yang diperbuat daripada polikarbonat yang tahan retak dan tahan calar
Polikarbonat merupakan bahan yang amat ringan dan nipis tetapi kuat serta kukuh. Ia merupakan bahan yang sangat sesuai untuk dijadikan kanta kerana sifatnya yang tahan retak dan tahan calar.  


  • Bingkai Nannini diperbuat daripada Grilamid yang fleksibel, ringan dan hipoalergenik
Sifat bahan Grilamid yang hipoalergenik membolehkan pengguna memakainya dengan selesa dan tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. 


  • Rekaan tanpa pin ataupun skru
Rekaannya tidak menggunakan sebarang skru ataupun pin. Maka, anda tidak perlu risau sebarang bahagiannya akan jatuh.


  • Kotak yang diperbuat daripada polypropylene. Rekaan rata dan hanya setebal 10mm
Kaca mata rabun tua Nannini disimpan di dalam kotak yang elegan dan direka khas untuk memastikan ianya turut nipis dan mudah alih.

  • Kaca mata rabun tua yang paling disukai ramai di serata dunia
Rekaan dan bentuknya yang bergaya, cantik, ringan, nipis dan senang dibawa menyebabkannya digemari oleh orang ramai termasuk selebriti terkenal Hollywood.

Kaca mata rabun tua Nannini Itali sesuai untuk lelaki dan perempuan. Terdapat dua warna yang cantik untuk dipilih iaitu biru dan hitam.

Kantanya terdapat dalam 5 kuasa , +1.00,+1.50,+2.00,+2.50 dan +3.00


Harga biasa : RM119.90
Harga pengenalan : RM99.00 (untuk masa yang terhad sahaja)

Laman web : www.gimax.biz
Facebook : NanniniMalaysia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Ms. Wong Yuen Peng at (O) +603-6241 2955, (M) +6012-6566138, (Emel) ypwong@gimax.com

5 comments:

  1. assalamualaikum,dan selamat hari raya..amboi sempoi blog tuan empunya blog ni..harap keadaan blog ;-) saja mai blogwalking ja dari blog MiaLiana ;-) sempoi entry ;-)

    ReplyDelete
  2. Baru dgr ni..singgah petang di sini Eraz..

    ReplyDelete
  3. Wah..terbaik ni..

    ReplyDelete
  4. Nice! Bagus gak ni. Sesuai buat adiah utk parents. :D

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.