Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 31 August 2014

Hasil aktiviti mencangkul


Assalamualaikum w.b.t.. Itulah di antara hasil aktiviti mencangkul semalam.. Walaupun peluh bertitik bagai hujan (over perumpamaan), tapi tetap Eraz teruskan aktiviti mencangkul di kawasan depan rumah tanpa sedar akan apa yang berlaku pada tangan.. Tapi tak pe, itu sikit je.. Dalam pada mencangkul tadi, kenapa Eraz teruskan juga walaupun dah penat? Sebab tiba-tiba terbayang akan orang-orang tua terutama di kampung yang mana walaupun dah tua, masih mampu bekerja di tengah panas mencari rezeki..

Takkan kita yang muda ni tak boleh kan.. Dalam pada letih, ada benda positifnya.. Antaranya badan akan menjadi lebih sihat.. Betul tak? Macam senaman la.. Rumah pun bersih.. Hati pun senang.. Ala.. Melecur di atas tu sikit je.. Orang lain yang memang mencari rezeki dengan aktiviti tu, maybe teruk lagi kan.. Ala-ala pesanan khidmat masyarakat la pulak.. Hehe.. Wassalam..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.