Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 11 August 2014

Manusia & Kucing


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi Eraz ada terbaca tentang kisah seorang lelaki yang sangat menyayangi kucing sehinggalah ke akhir hayatnya.. Apa yang berlaku kepada beliau? Korang kena baca di bawah.. Kucing bagaikan kawan kita di dunia ni jika kita betul-betul menghargainya..

"Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yg lalu. Arwah mmg sygkan kucing. Dah berpuluh2 kucing yg dia jaga. Kebanyakkan kucing yg dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang. Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair... kami xkasi dia bela kucing lagi. Tp mmg kami xboleh pisahkan kasih syg dia dgn kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia. Mesti dia panggil bg makan..

Kalau bawak arwah pergi kedai makan mesti ada kucing dtg dekat arwah. sampai kitaorg sll ckp kat arwah... bau abah ni kucing suka kot.. sebelum ni ada seekor kucing yg paling arwah syg tp dah kena curi.. Dulu semasa kami tinggal di wangsa maju section 1. setiap kali azan arwah mesti pergi kesurau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar dia ikut iring balik.. begitulah rutin hari2.. tidur pula hujung kaki arwah.. sampailah kucing tu hilang kena curi..

Terlalu byk kisah2 menarik arwah dgn kucing 2nya jaganya.. dan kebanyakkan hilang kena curi. Sbb arwah xsuka sangkarnya kucingnya. Sbb dia tak suka kurung kucing.

Kejadian di tanah perkuburan tu mmg kami 1keluarga terperanjat jugak. Seekor kucing yg kami tak pernah nampak sebelum ini ada dipusara arwah. Td saya cuba singgah nak tgk.. rupa2nya kucing tu ada lagi kat situ. Saya ada bertanya pada ustaz kejadian tu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ni dulu tapi kita mungkin tak tahu.. ataupun ada maksud lain yg tersirat utk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorg hamba allah pada kucing sepanjang hayatnya. wallahuaklam.."

6 comments:

  1. wahhh tu la kan kena buat baik dgn haiwan =(
    selama nie saya jahat dgn haiwan =(
    menabung sini old town white coffee

    ReplyDelete
  2. Mungkin ini petunjuk daripada drp Allah ... Eraz ..kalau kita sayangkan binatang yang disayangi nabi ..kita pon akan disayangi haiwan tersebut..

    ReplyDelete
  3. Allahukahbar.. begitu terkesan kehilangan arwah walaupun pada seekor kucing.. binatang kesayangan Rasullullah s.a.w

    ReplyDelete
  4. mungkin ini petunjuk drpd Allah.. sy pun suka sgt dgn kucing.. anak sy pun lg sayangkan kucing.. smpi kan kita tak boleh marah kucing, dia marah kita blk ade la..
    alhamdulillah.. moga2 smpi besar dia syg kan binatang... :)

    ReplyDelete
  5. Encik hubby suka kucing tapi kathy tak bagi bela sebab ada alahan pada bulu. So dia bagi makan kucing kat luar rumah.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..kasih kucing pd orang yang mengasihinya. Entah berape kali kucing itu mendoakan orang yang memberi dia makan.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.