Saturday 30 August 2014

Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah !


Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi dengan ayat 'Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah' tu? Itu ayat yang dikeluarkan oleh Vince semasa menang AF1 dulu dulu kala.. Tahun berapa agaknya tu.. Kenapa timbul ayat, 'Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah' untuk entri ni? Sebabnya Eraz rasa macam nak bercerita dengan perkataan 'mengalah'..

Sejak semalam, ada satu isu yang Eraz sedang usahakan supaya penghujungnya baik.. Melibatkan hal kerja.. Ada segelintir yang dapat tahu akan ada salah faham yang berlaku.. Tup-tup tanpa datang berbincang or apa-apa, terus beritahu nak tarik diri tanpa fikir apa-apa.. Kita ada masa depan la.. Jangan kita bertindak tergesa-gesa sekarang, tapi di masa akan datang akan menyesal.. Nak ke camtu?

Yes, bila melibatkan duit dan masa, memang susah.. Tapi kalau betul kita atur dengan baik, insyallah, Allah akan tolong.. Usaha kan tangga kejayaan.. So pada sesiapa yang baca entri ini, janganlah mudah mengalah.. Kita tak tahu yang kita berusaha gigih sekarang sampaikan stress, sakit kepala dan lain lain ni akan ada hasilnya di masa akan datang.. Betul tak?

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.