Friday 13 February 2015

Keadaan Jalan di Pulau Melaka | Orang Berpusu-Pusu


Assalamualaikum w.b.t.. Beginilah keadaan jalan di kawasan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan dan kawasan sekitar.. Kalau jalan menuju ke Pulau Melaka, memang ditutup mulai cabang empat traffic light Panji lagi.. Kereta memang penuh di park di tepi-tepi jalan kawasan Panji dan Demit.. Orang ramai semua bertumpu ke rumah Tok Guru..

Eraz sendiri tidak dapat ke sana sebab hari ni kerja.. Laluan menghantar anak isteri ke rumah mertua pun terpaksa berubah sebab jalan berkenaan di tutup.. Lambat la sikit sampai office.. Jangkaan dalam kepala, memang ramai orang, tak tapi sangka sampai macam tu.. Betapa ramainya orang yang menyayangi arwah Tok Guru.. 

Orang ramai sanggup parking kereta jauh dan berjalan kaki.. Tak kira lelaki, wanita, tua dan muda.. Katanya memang jalan kawasan berkenaan jammed dari semalam selepas arwah disahkan meninggal dunia.. 

#Al-Fatihah

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.