Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 5 July 2013

Kuman GBS ( Group B Streptococcus )

Kuman GBS ( Group B Streptococcus )
Kuman GBS ( Group B Streptococcus )

Assalamualaikum w.b.t.. Kuman GBS ( Group B Streptococcus ).. Hari ini Eraz mendapat satu lagi ilmu baru.. Masih berkisar kepada isu hamil.. Biasa la, dalam masa isteri Eraz sedang hamil anak sulung ni, cuba la mencari bahan-bahan untuk dibaca.. Pengetahuan tu penting..

Kuman GBS ( Group B Streptococcus ).. Mungkin agak kurang didengar sebab kuman ini hanya melibatkan sebilangan kecil wanita hamil.. Tapi kesannya boleh membawa sesuatu yang kurang baik untuk anak yang bakal lahir.. Ada juga kes anak yang lahir berkenaan boleh meninggal.. Minta jauh semua tu.. Berikut artikel yang Eraz jumpa yang mungkin berguna untuk di baca.. 


Kehadiran Kuman GBS ( Group B Streptococcus )
Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara otomatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.

Jenis Kuman GBS ( Group B Streptococcus )
Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).

Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.

Siapa Berisiko Menghidap GBS ( Group B Streptococcus )
Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.

Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara yang puan lalui. Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.

Cara Mengubati GBS ( Group B Streptococcus ) & Langkah-Langkah
Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.

Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.

Masalah GBS ini sudah lama dikenali tetapi tidak dapat dibasmikan sepenuhnya. Begitupun, ia sudah dapat dikesan dengan cepat dan boleh dirawat dengan efektif. Di Malaysia, kebanyakan hospital tidak melakukan pemeriksaan ‘vaginal swab’ secara rutin, tetapi mengikut kes-kes berisiko.

Jika GBS dikesan, langkah-langkah seperti yang diterangkan diatas akan dilakukan. Ingat, 98% dari bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan. InsyaAllah, puan akan termasuk dalam golongan ini.

11 comments:

  1. baru tahu...tapi sekarang ada ibu-ibu mengandung yang mendapatkan suntikan down syndrome supaya anak yang bakal lahir tak der penyakit ini......

    ReplyDelete
  2. masa pregnant anak kedua tahun lepas, saya pun kena jugak.. tapi alhamdulillah.. bayi dilahirkan sihat dan takde apa2 effect berkaitan GBS ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Diharapkan semua bayi dijauhkan semua kuman ni..

      Delete
  3. Bahaya GBS pada ibu hamil ni. Risiko kehilangan bayi amat tinggi. Saya pernah berhadapan dgn org yg kena GBS. Alhamdulillah...dah sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Berusaha untuk jauhi daripada di jangkit..

      Delete
  4. owh . saya baru tawu pasal ni .

    ReplyDelete
  5. bahaya jugak GBS ni walaupun nama dia macam "geng bas sekolah"..
    btw, tahniah bakal jadi ayah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Tak sabar dah ni..

      Delete
  6. Ank sy kene jangkitan gbs ni...masih lagi di dlm bilik nicu...doc beri anti biotik selama 10 hari berturut2..mudah2an..ank sy sihat sperti yg lain...amin..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.