Monday 22 April 2013

Perkembangan Hamil 24 Minggu

Perkembangan Hamil 24 Minggu
Gambar Hiasan & Kredit : Buku Diari Hamil
Perkembangan Hamil 24 Minggu

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semalam genap isteri Eraz hamil 24 minggu bersamaan 6 bulan.. Diharapkan serta sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz untuk anak pertama kami akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik.. Sekarang bayi dalam kandungan sangat aktif 'bermain' tak kira masa.. 

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 24 minggu adalah seperti di bawah : 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Kredit Perkembangan Hamil 24 Minggu : Baby Center

#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..
Perkembangan Hamil 24 Minggu

16 comments:

  1. jangan lupa beli cream untuk disapu ke atas perut isteri sebab bila baby membesar perut akan semakin menegang dan terjadinya pecah-pecah di kulit perut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. wife sng mencari jenama yang sesuai.. risau kulit gatal.. ;D

      Delete
  2. Amin,Moga dipermudahkan.. saya juga sdg hamil 7 bln anak sulung saya ..InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih Eraz untuk doa itu... ^_^ doakan tau... jangan lupa... ^_^

    ReplyDelete
  4. insyallah..semoga isteri & baby sihat selalu ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..mudah-mudahan semuanya selamat nanti papa E'raz :)

    ReplyDelete
  6. Enjoy the moments eh.. every single day is soo expensive during pregnancy sbb bukan selalu dapat cam tue :) btw happy for you both!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak.. pengalaman yang berbeza.. thanx kak.. ;D

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.