Saturday 27 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 - Cik Ta, Zain, Lydiawati, Sathiya ke Pusingan Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 bermula dengan pusingan pertama dengan beberapa amaran daripada Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.. Pertama sekali mereka di beri amaran supaya memahami pertandingan tersebut.. Mereka dilihat suka meminjam dan berkongsi bahan dan barang.. So mereka diingatkan supaya tidak buat camtu lagi..

Pusingan pertama Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 berasaskan itik nampaknya menjadi rezeki Pak Nil a.k.a Datuk Aznil.. Pusingan kedua pula nampaknya pusingan berpasangan.. Pak Nil diberi peluang memilih pasangan antara satu sama lain.. Paling dia nak tengok ialah Rozita berpasangan dengan Zain.. Istimewanya, Pak Nil tak perlu masak apa-apa.. Hadiah menang pusingan pertama..

Pusingan kedua pula nampaknya berasakan Durian dan Ayam! Dua pasangan tercorot akan masuk ke pusingan penyingkiran esok.. Cat Farish & Syura menang kategori Ayam manakala Kenchana Devi dan Radhi menang kategori Durian.. Keputusannya, Zain Saidin & Rozita serta Ludiawati dan Sathiya ke pusingan penyingkiran esok!

Siapa bakal menjadi selebriti ketiga tersingkir di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2, jawapanya esok..

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.