Sunday 7 April 2013

Shila Amzah, Penyanyi Wanita Popular ABPBH Ke 26 Tahun 2012



Assalamualaikum w.b.t.. Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 26 bagi tahun 2012 sedang berlangsung sekarang.. Eraz tak nak komen tentang ABPBH 2012 ni secara keseluruhan sebab MALAS.. Tapi just nak ucapkan TAHNIAH kepada Shila Amzah sebab berjaya menang kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2012 tahun ni.. Tahniah!!

Malam ni Shila Amzah diwakilkan oleh adiknya, Syada Amzah.. Shila mungkin sedang berada di China atau mana-mana negara oversea sekarang.. Semestinya Shilalas sangat berbangga sekarang sebab usaha mereka dan Shila Amzah sendiri, berhasil..

Pemenang tahun lepas iaitu Yuna juga terbaik kerana kedua-dua mereka sekarang sedang membawa nama Malaysia di merata dunia dengan cara masing-masing.. Jaclyn Victor dengan suaranya, Najwa Latif dengan lagu-lagunya serta Stacy dengan gerak tariknya juga terbaik.. Cuma mungkin kali ini rezeki Shila Amzah!

#Tahniah Shila Amzah selaku pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2012.. Mendaki 'tangga, secara perlahan membuahkan hasil sekarang..

17 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.