Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 17 April 2013

Ini Orang Kata Malang Tidak Berbau

Ini Orang Kata Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum w.b.t.. Malang tidak berbau.. Memang betul kata-kata tu.. Siapa yang dah baca Harian Metro 17 April 2013, mesti sudah tahu berita ini.. Bayangkan tiba-tiba besi penghadang jalan terpacak menembusi cermin depan kereta.. Minta jauh semua ni berlaku..

Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu salah satu lagi kata-kata yang boleh disimpulkan.. Peristiwa ni berlaku kepada seorang wanita mengandung bersama suaminya.. Mereka tergamam apabila terlihat sebatang besi terbang ke arah mereka sebelum menembusi cermin hadapan dan nyaris terkena mereka..

Kejadian ni berpunca selepas sebuah treler hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum merempuh kereta Proton Wira di hadapannya menyebabkan kereta terbabit turut hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.. Malah, akibat rempuhan terbabit, satu besi penghadang jalan tertanggal dan terpelanting ke arah kereta dinaiki pasangan terbabit di laluan bertentangan..

Minta jauh la berlaku lagi.. Perkara macam ini memang tak boleh nak jangka langsung.. Tiba-tiba je.. Perkara macamni boleh mengakibatkan kematian.. Itu lagi merisaukan..

Sumber : Harian Metro, 17 April 2013

10 comments:

  1. tu yang malang tak berbau...tapi bernasib baik tak kena...

    ReplyDelete
  2. bahaya tu...hisss.... minta dijauhkan kan , memang benar malang tidak berbau... cuma kita berhati2 aje lah kan....

    mselim3

    pls: baca doa naik kenderaan ....

    ReplyDelete
  3. banyakkan doa bila naik kereta... huhuhu risaunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. sama-sama kita beringat..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.