Tuesday 23 April 2013

Kanak-Kanak 4 Tahun Ketagih iPad Jalani Rawatan Psikiatri


Assalamualaikum w.b.t.. Kerana iPad, kanak-kanak 4 tahun kena jalani rawatan psikiatri? Eraz tak sempat nak belek or baca akhbar hari ni.. Tapi salah seorang staf di sini cerita tentang kes iPad ni sebabnya kat sini ada beberapa staf yang pakai iPad.. Terkejut juga so terus capai akhbar tu.. Ini hasil bacaan... Kes ini berlaku di London..

Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.. 

Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.. Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.

Berita lanjut, korang boleh klik SINI.. Jadi kepada ibu bapa sekali, berhati-hati la..

#Fikir sejenak.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

16 comments:

  1. memang risau...
    tgk ramai sgt budak2 kecik skrg duk gila ipad...

    ReplyDelete
  2. ibu bapa sepatutnya x boleh nak muakan sangat... ikut jer kehendak anak... betul gadget membantu perkembangan iq...tapi biarlah berpada2... anything if too much also not good kan?

    ReplyDelete
  3. bru jer bdskusi dgn ckgu psal nie tdi.. hoho

    ReplyDelete
  4. budak2 zaman sekarang nie..klu jumpa dengan kawan2 bukan berbual..smua tertumpu pada gadget masing2

    ReplyDelete
  5. Kte ibubapa hndak la mncorakkn ank sbaik mgkin.

    ReplyDelete
  6. macam-macam zaman sekarang nie....I-pad pun boleh jadi ketagih...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.