Assalamualaikum w.b.t.. Kerana iPad, kanak-kanak 4 tahun kena jalani rawatan psikiatri? Eraz tak sempat nak belek or baca akhbar hari ni.. Tapi salah seorang staf di sini cerita tentang kes iPad ni sebabnya kat sini ada beberapa staf yang pakai iPad.. Terkejut juga so terus capai akhbar tu.. Ini hasil bacaan... Kes ini berlaku di London..
Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik..
Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.. Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.
Berita lanjut, korang boleh klik SINI.. Jadi kepada ibu bapa sekali, berhati-hati la..
#Fikir sejenak..
Published with Blogger-droid v2.0.10

