Wednesday 17 April 2013

Mereka Yang Bertuah di Blog ERAZ FADLI.. Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan entri Siapa dapat capture? Jadi, Eraz ingin menunaikan janji dengan review 3 blogger yang berjaya capture PV 1 Juta untuk blog ERAZ FADLI dan email kepada Eraz.. Ini mereka 3 yang terpantas.. Terima kasih!

PERTAMA
- Paling Pantas Email-

Terima kasih kepada blogger Ismah Atikah kerana sudi capture blog ERAZ FADLI semasa statistik mencecah angak 1,000,000..  Eraz dah merayau ke blog Ismah.. Ismah memang sangat rajin join segmen anjuran blogger lain.. Sangat supportive.. 

Sesekali diselitkan dengan isu semasa contoh nya macam isu pembubaran parlimen baru-baru ini.. Blog Ismah sekarang hampir mencecah follower 800 dan blog yang sangat warna-warni.. So! Bagi yang belum ke blog beliau, jom klik http://diaryismah.blogspot.com/.. Terjah!


KEDUA


Terima kasih kepada blogger Nabila Medan.. Rasanya tak perlu perkenalkan kot.. Ramai yang dah kenal dengan blogger ni.. Bagi yang belum tahu, follower Nabila sekarang dah 6K lebih.. Mantap tu.. Traffik juga dah melebihi 1 Juta.. Sah-sah lebih senior dari blog ERAZ FADLI ni.. 

Nabila juga seorang blogger yang supportive sebab join pelbagai segmen yang dianjurkan oleh blogger lain.. Dalam masa yang sama, Nabila banyak juga anjur segmen untuk blogger lain.. Pink! Itu warna pilihan Nabila.. Dalam pada entri-entri personal, Nabila ada menyelitkan entri hiburan yang mungkin korang terlepas baca.. So, apa lagi, jom terjah http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/..

KETIGA


Terima kasih kepada blogger Sharmin Nur Ain.. Tengok je header blog Sharmin, dah tahu apa minatnya.. Korang boleh teka kan.. Betul.. Anime.. Eraz dah selak entri-entri blog Sharmin ni.. Jumpa banyak gambar-gambar menarik.. Semuanya disnap sendiri.. Antaranya semasa Comic Fiesta 2012.. Siapa nak berkenalan dengan watak-watak anime jepun, bolehlah ke blog Sharmin ni.. Menarik! Terjah http://chaosinnotime.blogspot.com/..

--------------------------------

Terima kasih kepada mereka bertiga kerana sudi capture statistik blog Eraz semasa mencecah 1 Juta.. Sangat-sangat dihargai.. Bagi blogger lain yang turut sama email hasil capture masing-masing tetapi tidak terpilih, Eraz minta maaf tetapi Eraz hargai sangat-sangat sebab sokongan anda semua.. Teruslah support blog ini..


#Berjaya selesaikan janji.. Janji harus ditepati..

15 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.