Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Ini Orang Kata Malang Tidak Berbau

Ini Orang Kata Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum w.b.t.. Malang tidak berbau.. Memang betul kata-kata tu.. Siapa yang dah baca Harian Metro 17 April 2013, mesti sudah tahu berita ini.. Bayangkan tiba-tiba besi penghadang jalan terpacak menembusi cermin depan kereta.. Minta jauh semua ni berlaku..

Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu salah satu lagi kata-kata yang boleh disimpulkan.. Peristiwa ni berlaku kepada seorang wanita mengandung bersama suaminya.. Mereka tergamam apabila terlihat sebatang besi terbang ke arah mereka sebelum menembusi cermin hadapan dan nyaris terkena mereka..

Kejadian ni berpunca selepas sebuah treler hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum merempuh kereta Proton Wira di hadapannya menyebabkan kereta terbabit turut hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.. Malah, akibat rempuhan terbabit, satu besi penghadang jalan tertanggal dan terpelanting ke arah kereta dinaiki pasangan terbabit di laluan bertentangan..

Minta jauh la berlaku lagi.. Perkara macam ini memang tak boleh nak jangka langsung.. Tiba-tiba je.. Perkara macamni boleh mengakibatkan kematian.. Itu lagi merisaukan..

Sumber : Harian Metro, 17 April 2013
Read more ...

Sunday, 14 April 2013

Wanita Sanggup Tidak Kahwin Kerana Kucing !



Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, sepanjang pagi tadi masa digunakan berada di dewan peperiksaan.. Tapi waktu ini hanya pantau dari luar je.. Minggu-minggu peperiksaan ni, memang cuti pun tak menentu.. BTW, berbalik kepada tajuk seorang wanita sanggup tidak berkahwin demi kucing ni sebenarnya dilaporkan oleh Metro Ahad hari ini, 14 April 2013..

Lepas baca berita tu, boleh tahu yang dia memang sayangkan kucing.. Dia memberitahu yang dia sanggup hidup sendiri daripada berkahwin kerana katanya tak semua lelaki sukakan kucing.. Dia juga sanggup habiskan RM 2000 sebulan semata-mata demi kucingnya..

Untuk berita penuh, korang boleh la baca di Metro Ahad hari ini.. Betapa kasihnya wanita yang berusia 57 tahun terhadap kucing sehinggakan sanggup mengetepikan soal jodoh dan menolak beberapa lamaran dan pinangan.. Tentang ni, Eraz tak dapat nak komen panjang-panjang sebab kehendak dan pilihan masing-masing..

#Juga peminat kucing.. Kucing yang Eraz pelihara sejak belum kahwin dulu, masih ada dan tinggal dengan ma abah.. Tak boleh bawa tinggal sekali sebab isteri tak suka kucing.. At least seminggu sekali bila balik jumpa ma abah, jumpa la kucing sekali.. Ingatan kucing memang bagus! Enjing kereta, suara, memang dia masih ingat!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 28 November 2012

Sanggup ‘Gadai Ibu’ Pada Along! Astagfirullahaladzim..

Sanggup ‘Gadai Ibu’ Pada Along! Astagfirullahaladzim..

Sanggup ‘Gadai Ibu’ Pada Along! Astagfirullahaladzim..

Inilah dunia sekarang.. Ibu yang melahirkan kita dan membesarkan kita pun sanggup di'gadai' demi menyelamatkan diri sendiri.. Untuk buat apa-apa perkara, berfikirlah panjang dulu.. Jika benda tak jadi, menyesal pun takde gunanya.. Ibu adalah segala-galanya bagi kita.. Mungkin anak ini dah tak fikirkan keadaan ibunya lepas berkeputusan tu..

Berikuta kes yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ni, seorang ibu berusia 63 tahun ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along, sekumpulan tiga lelaki.. Kisah penuh, korang boleh klik Harian Metro..


Read more ...

Tuesday, 20 November 2012

Kesilapan Harian Metro Online : Azad Bertukar Jadi Farouk Dalam Istanbul Aku Datang

Kesilapan Harian Metro Online : Azad Bertukar Jadi Farouk Dalam Istanbul Aku Datang

Semua orang tahu watak-watak dalam Istanbul Aku Datang ialah Dian (Pelakon : Lisa Surihani), Azad (Pelakon : Tomok) dan Harris (Pelakon : Beto Kusyairy).. Tapi di dalam Harian Metro Online hari ni, ada kesilapan kecil yang dilakukan oleh Harian Metro Online kerana menaip nama 'Farouk' untuk watak Tomok dan bukannya Azad.. Sekadar perkongsian.. Link BERITA berkenaan..

BTW, filem Istanbul Aku Datang ni memang menarik.. Filem terbitan Redfilms memang tak pernah mengecewakan.. Sehingga kini, kutipan telah mencecah RM 2.5 Juta.. Wow.. Tahniah..


Versi yang lebih jelas

Read more ...

Friday, 16 November 2012

Mayat Budak Putus Dua Dipercayai Dimakan Biawak

Mayat Budak Putus Dua Dipercayai Dimakan Biawak


Kes ni berlaku di Sandakan.. Kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan hilang pada 10 November ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas.. Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak..

Bayangkan perasaan ibunya setelah mendapat tahu berita ni.. SUMBER
Read more ...

Wednesday, 10 October 2012

Kes Senior Rakam Gambar Bogel!

Senior Rakam Gambar Bogel Budak Lelaki 13 Tahun Untuk Bergurau?

Senior Rakam Gambar Bogel Budak Lelaki 13 Tahun Untuk Bergurau?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Entri ni merupakan isu dalam HARIAN METRO hari ni, 10 Oktober 2012.. Kes ni berlaku di GURUN.. Seorang pelajar lelaki dimalukan dengan dipaksa telanjang / bogel sebelum seorang pelajar lain merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau.. Apa? Berguran? Takde cara lain lagi ke nak bergurau budak zaman sekarang ni.. Bapa mangsa meluahkan rasa kecwa lagi apabila kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu..

Selain tu, pada ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.. Dah la kena bogel, kena sepak lagi tu.. Tak tahu dari mana la mereka ni belajar.. Mesti mereka ni dah terdedah banyak sangat dengan video-video atau internet yang tanpa kawalan..

Kepada ibubapa lain, selalu la bertanya khabar anak masing-masing.. Jika nampak sebarang keraguan, cepat-cepat la selidik.. Apa yang dirisaukan, kita tidak mahu anak-anak ini trauma untuk ke sekolah dan terganggu untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.. Dalam kes ni, siapa yang perlu disalahkan? Pelajar? Sekolah? Guru? Ibu Bapa? Masing-masing la fikir.. Masing-masing mesti mempunyai pendapat yang tersendiri.. Apa-apa pun, berhati-hati..

Sumber : HARIAN METRO

Entri Menarik Lain :
Read more ...

Monday, 24 September 2012

Cikgu Gigit Murid!

Kali Pertama Dengar Kes Cikgu Gigit Murid!


Cikgu Gigit Murid!

Masa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat pagi tadi, sempat layan TV3 sekejap untuk Program Malaysia Hari Ini.. Pengacara tengah review laporan akhbar hari ni.. Salah satu berita di Harian Metro tentang Cikgu Gigit Murid? Fuyoooo.. Pernah dengar kes daripada seorang kawan yang Murid gigit Cikgu.. Tapi hari ni, terbukti ada kes Cikgu pula gigit Murid..

Kes ni berlaku di KAJANG.. Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra sehinggakan murid berkenaan mengalami tekanan perasaan dan trauma.. Bapa murid berkenaan sedar kes ini berlaku selepas melihat anak bongsunya itu murung..

Read more ...

Sunday, 23 September 2012

Kisah Pesta Kolam Golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)

(VIDEO) Kisah  ‘Pool Party’  Golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)


Siapa yang membaca Metro Ahad hari ni, mesti akan terbaca berita ni.. Kadang-kadang Eraz tak percaya kes-kes macamni boleh berlaku di Malaysia.. Perkara-perkara macamni la yang boleh buat budak-budak atau kanak-kanak terjebak dengan perkara yang tidak elok atau songsang.. Dibawah ni sedikit berita tentang  ‘Pool Party’ yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh Metro Ahad 23 September 2012..

Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan parti kolam atau ‘Pool Party’ yang menggalakkan wanita berbikini sambil berparti liar, sebuah pusat hiburan di sini bertindak lebih berani menganjurkan pesta kolam serupa tapi khusus untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Ahad lalu.. Parti liar yang diadakan secara percuma kepada pengunjung itu dinamakan ‘Rainbow Party’ atau Parti Pelangi, dan pemilihan simbol pelangi memang sinonim dengan golongan LGBT..

Selepas mendapat maklumat daripada sebuah laman sosial dan berdasarkan siasatan daripada kunjungan pertama, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan dan memasuki pusat hiburan berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana parti itu berlangsung.. Terbukti, parti liar yang bermula seawal jam 4 petang sehingga lewat pagi itu cukup meriah, lebih-lebih lagi dengan tarikan pertunjukan parti bikini yang disajikan kepada pengunjung..

Berikut adalah VIDEO yang berjaya wartawan Metro Ahad jadikan bukti :


Read more ...

Thursday, 20 September 2012

Kes Wanita Dirogol dan Disamun Semasa Ditemuduga !

Kes Wanita Dirogol dan Disamun Semasa Ditemuduga !
       

Inilah muka suspek yang sedang DIBURU sekarang..

Kes terbaru yang dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.. Berlaku 2 kes seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa..

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara..

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun..

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama..

“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

SUMBER : HARIAN METRO

Kepada kawan-kawan yang sedang mencari pekerjaan sekarang (terutama wanita), berhati-hatilah sebelum membuat keputusan.. Pilihlah organisasi yang betul-betul dikenali dan kenalpasti tempat temuduga.. Pastikan betul-betul selamat.. Kes camni mungkin akan terjadi lagi jika kita lalai..

Read more ...

Saturday, 15 September 2012

Kisah Lelaki Badan Sasa Tapi Tiada 'Power'

Sasa Tapi Tiada 'Power' : Lemah Tenaga Batin dan Kerandut Zakar Mengecil


Salah satu 'frontpage' di Harian Metro hari ni.. Akibat ghairah ambil ubat yang ada steroid jenis ‘testosterone’ dengan tujuan untuk menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat tapi telah menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil..

Lebih sedih, lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.. Doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.. Semua ni boleh dijadikan pengajaran kepada semua yang menginginkan badan yang 'cantik'.. Jadi fikirlah sebelum membuat apa-apa..


Read more ...

Tuesday, 11 September 2012

Kisah : Kerana Nafsu, Pasangan Gay Dicekup !

Kisah : Kerana Nafsu, Pasangan Gay Dicekup !


Akhbar mesti biasa melaporkan berita tentang pasangan ditangkap KHALWAT kan.. Tapi Harian Metro hari ni melaporkan pasangan Gay pulak di tangkap 'khalwat'! Adoi dunia sekarang.. Berita macam ni sebenarnya dipaparkan untuk memberi iktibar kepada semua yang mungkin terlibat.. So! Fikir-fikirkan..

Jom baca sikit berita tentang kes pasangan Gay dicekup ni.. Aksi dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin..

Seorang daripada penduduk terbabit berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.. Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit..

Penduduk terbabit berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.. 

Alamak, aksi mereka ni dah 15 minit telah diperhatikan rupanya tanpa mereka sedar.. Fuh! Apa mau kata? Tak nak komen lebih-lebih, cuma nak share berita yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada semua.. InsyaAllah..

Read more ...

Thursday, 30 August 2012

Kesanggupan Peragut Tetak Mangsa Dengan Parang !

Harian Metro, 30 Ogos 2012 : Ditetak Peragut Hampir Putus Pergelangan Tangan Kiri !

Kesanggupan Peragut Tetak Mangsa Dengan Parang !

Mesti ramai yang dah tahu tentang kes ni melalui Facebook semalam.. Kejadian yang berlaku diluar jangkaan.. Kesanggupan peragut menetak mangsanya dengan parang! Mangsa hampir hampir putus pergelangan tangan kiri ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su Kota Bharu Kelantan.. Sampaikan mangsa cedera parah..

Kata saksi, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa.. Dosa meragut dah dapat, ditambah pulak dengan menetak orang? Errrmmmm...

Untuk berita penuh, korang boleh klik SUMBER ni..

--------------------------------------------
Read more ...

Saturday, 18 August 2012

Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI !

Harian Metro - 18 Ogos 2012 : Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI Akibat Menjadi Saksi Kes Samun Gangster

Derita yang tidak disangka-sangka.. Lepas tu, kena tumbuk, tampar, sepak terajang lak.. Dengan kata lain, kena seksa la akibat menjadi saksi kes samun sekumpulan 5 penjenayah.. Mohmad dikurung 21 hari dengan penuh derita.. Tapi alhamdulillah dibebaskan selepas 21 hari setelah membuat perjanjian.. Jom baca sedikit kata mangsa..

Harian Metro - 18 Ogos 2012 : Kisah Seksa 'NERAKA' 21 HARI Akibat Menjadi Saksi Kes Samun Gangster

“Bagaikan dalam neraka...hampir setiap hari saya ditumbuk, ditampar selain disepak terajang.. Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu.. Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan..” kata Mohmad, 34, menceritakan pengalaman ngeri dikurung selama 21 hari di sebuah rumah oleh sekumpulan lima penjenayah sejak ‘diculik’ di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, pada 23 Julai lalu..

Mohmad berkata lagi, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.. SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Thursday, 16 August 2012

Eksperimen MAUT! Wanita Maut Akibat Ubat Perangsang Seks!

Eksperimen MAUT! Wanita Maut Akibat Ubat Perangsang Seks!


Mesti ramai dah baca berita tentang ni kan.. Jadikanlah ianya sebagai teladan.. Janganlah jadikan diri anda sebagai mangsa seterusnya.. Jom baca sedikit tentang berita ini.. Fuh!

Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.. Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.

Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.. Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu..

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.. 

Sumber : Harian Metro
--------------------------------------------

Read more ...

Sunday, 12 August 2012

Kisah IBU Dibuang Empat Anak Selepas Dijangkiti HIV Melalui Suami

Kisah IBU Dibuang Empat Anak Selepas Dijangkiti HIV Melalui Suami


Puan Nur Haina Muhammad (bukan nama sebenar) yang 5 tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu..

“Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak.. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir.. Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.. Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.."

"Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa,” katanya  ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini..


--------------------------------------------
Read more ...

Sunday, 5 August 2012

Pelakon, Razali Hussain Derita Akibat Terkena Santau Daripada Peminat Wanita

Pelakon, Razali Hussain Derita Akibat Terkena Santau Daripada Peminat Wanita


Pelakon, penyanyi dan juga bekas Peserta Program Realiti Audition NTV7, Razali Hussain mendakwa dirinya menderita akibat disantau seorang peminat wanita gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami.. Selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.. Beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias..

Semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya.. Wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan dan hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamarnya sebagai suami..

"Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam.. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.." - SUMBER

Read more ...

Tuesday, 31 July 2012

Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00

Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00


“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.. Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan..” Ady Putra.

Adi Putra telah kerugian RM19,000 kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.. 

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Monday, 30 July 2012

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

'Hidup Kau Tidak Selamat, Aku Pasti Kau Mati' : Kerana Dendam Suami, Isteri Diperkosa

Lagi satu kes yang terjadi pada orang yang tak bersalah.. Kerana dendam kepada suami, isteri menjadi mangsa.. Dimana tanggungjawab seorang suami terhadap isteri? Isteri sepatutnya dilindungi, bukan untuk dijadikan mangsa! Siapa belum baca HARIAN METRO hari ni, boleh baca disini secara ringkas..

Dendam Suami, Isteri Diperkosa, Nota Perogol

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Friday, 27 July 2012

Lelaki Desak Anak Cerai Dengan Suami Dan Paksa Gugurkan Kandungan

Lelaki Desak Anak Cerai Dengan Suami Dan Paksa Gugurkan Kandungan

Dunia sekarang, memang macam-macam kes boleh berlaku.. Kadang-kadang yang sampai tidak masuk akal.. Yang masuk akal tu, memang banyak la.. Terbaru di Harian Metro kisah bapa desak anak bercerai dan gugurkan kandungan.. Adoi.. Jom baca sikit tentang ni..

          
KUALA LUMPUR : Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.. Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu..

Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya.. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.. Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri MENARIK : EKSKLUSIF! Wajah Terbaru Anak Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley

Read more ...

Thursday, 26 July 2012

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu

Kes yang tak de kesudahan.. Ada je berita camni.. Dimanakah sifat perikemanusiaan? Kes terbaru ni berlaku di Kuantan, Pahang.. Jom baca sedikit daripada berita penuh tentang berita sedih ni..

Lagi Kes DERA Bayi : Bayi NAZAK Didera TEMAN LELAKI Ibu
          
“Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula.. Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa..

 Itu kata-kata daripada Norhidayah Ahmad yang berumur 22 tahun, ibu kepada bayi 8 bulan, Mohamad Adam Mikhail Abdullah yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.. Teman lelaki ibunya pula berumur 19 tahun..

Sekarang ini, bayi berkenaan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).. Norhidayah dikatakan tidak menyangka perkara ini berlaku kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.. Beliau menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin..

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.. Untuk berita penuh, kena la dapatkan HARIAN METRO hari ni..

Read more ...