Tuesday 12 March 2013

(UPDATED) Entri Tentang Pengumuman Keputusan SPM 2012 - Pendapat Peribadi


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa tajuk entri ni 'Entri Tentang Pengumuman Keputusan SPM 2012 - Pendapat Peribadi'? Sebenarnya Eraz dah taip dan telah siap tersimpan dalam draft.. Plannya nak publish petang ini.. Sekali masa nak edit, terdelete ALL then auto save entri.. Alahai.. Terus jadi kosong! Jadi dah malas nak taip semula..

------------------------------------------------------
Telah disedarkan oleh pemberi komen Mazelina Zaini, yang mana laporan berita berkenaan ialah berita lama.. Eraz jumpa entri berkenaan di blog lain dan tanpa bacaan yang teliti, tidak sedar akan tarikh berkenaan.. Jadi tarikh pengumuman SPM 2012 mungkin kekal pada 20 Mac 2012.. Harap maaf..
------------------------------------------------------

Sedia maklum, pelajar boleh membuat semakan secara online atau SMS.. Caranya, korang boleh google sebab dah ramai blogger yang buat entri berkenaan.. 

Cuma kadang-kadang terfikir tentang kebaikan semakan keputusan SPM secara online atau SMS.. Rasanya, mungkin ramai yang tidak kan tergesa-gesa untuk ke sekolah bersama rakan-rakan lain kerana keputusan boleh disemak melalui SMS.. Jika keputusan ditakdirkan tidak baik, adakah korang rasa mereka akan juga pergi? So hilang disitu moment berkumpul bersama rakan-rakan yang lain seperti yang berlaku dulu-dulu..

So, ada baiknya mungkin sistem itu diaktifkan pada esokkan harinya atau mungkin sebelah petang selepas semua sekolah dijangka menyerahkan keputusan masing-masing kepada pelajar..

Selain daripada itu, kemungkinan besar, kawan-kawan pun boleh semak keputusan kawan-kawan yang lain jika tahu No. IC dan No. Angka Giliran.. Tak mustahilkan.. Jika jenis yang suka war-warkan kisah orang lain, nasib kurang baiklah kepada rakan yang mendapat keputusan tidak baik itu..

Apa-apa pun, kita kena hargai dan bagi kredit kepada kumpulan individu yang berjaya create sistem ini.. Bukan senang kan..  Ada kelebihannya bagi kes-kes tertentu.. Contohnya memang tak dapat hadir ke sekolah sebab ada masalah kesihatan atau sewaktunya dengannya seperti kecemasan.. Cuma kadang-kadang hanya terfikir seperti di atas.. Hanya pendapat peribadi dari segi aspek kemanusiaan.. Tertakluk kepada terma dan syarat.. 

#Teringat zaman tahun 2001..! Hujung Februari rasanya.. Keputusan peperiksaan SPM 2000 diumumkan.. Tahun pertama bagi SPM Sijil Terbuka.. Tiada lagi pangkat, tiada lagi agregat.. Hanya tanya berapa A atau B dan lain-lain je.. Saat berkumpul bersama kawan-kawan juga tidak dapat dilupakan kerana masing-masing bermain teka teki dalam kepala tentang keputusan masing-masing.. Bila masa beratur untuk mendapatkan keputusan, macam-macam reaksi muncul..

20 comments:

  1. confirm 21 haribulan ke? berdebarnyaa :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut laporan utusan malaysia, 21 mac.. ;)

      Delete
  2. moment tu memang sangat mendebarkan... tapi itulah pengalaman seumur hidup yang tidak dapat dilupakan...

    *manisnya zaman persekolahan...

    ReplyDelete
  3. lah, 21 ke? parents dah amik cuti 19 & 20 ni. adoi

    ReplyDelete
  4. ha'ah kan... dulu tahun 2006 nak tahu result pergi ke sekolah awal2 pagi.. jumpa kawan2 cikgu2.... terharu pulak rasanya

    ReplyDelete
  5. Dup dap dup dap.. Thats all I can say. :O

    ReplyDelete
  6. weh ni utusan bila ni ? tarikh 20 mac la kua , Utusan ni bertarikh 14 Mac 2012 . alert la =..=" berdebar tau i kat rumah ni :) weheheh

    ReplyDelete
  7. dlu amek result lmbat, so guna yg cek sms tu, hehehe

    ReplyDelete
  8. tahun depang giliran kita pulak amek result SPM..

    ReplyDelete
  9. tak sabar calon2 menunggukan kan.... jatuh bangun selepas ini bergantung pada result spm.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.