Showing posts with label Pelajar Terbaik SPM 2012. Show all posts
Showing posts with label Pelajar Terbaik SPM 2012. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Cara Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS

Cara Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS
Cara Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS

Alhamdulillah, hari ini - Khamis 21 Mac 2013 merupakan hari yang akan diingatkan oleh semua calon SPM 2012 kerana mungkin hari ini Keputusan SPM 2012 diumumkan yang mana mungkin akan menentu mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat SPTM atau ke Program Matrikulasi atau ke Politeknik / Kolej Komuniti atau Maktab Perguruan ataupun juga IPTA / Universiti.. (Berapa banyak atau daaaa..)..

Apa-apa pun keputusan SPM 2012 korang, insyaallah rezeki ada di mana-mana.. Jangan putus asa.. Berbalik kepada tajuk entri 'Cara Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS', inilah cara korang untuk semak keputusan SPM 2012 melalui SMS.. Paling mudah!

Caranya :


Taipkan SPM < jarak > NoKP < jarak > AngkaGiliran 
kemudian SMS ke 15888

Keputusan boleh disemak mySMS bermula pukul 10.00 pagi hari ini, 21 Mac 2013 sehingga jam 11.59 malam Rabu 27 Mac 2013..

Entri berkaitan : 

Tahniah kepada pelajar yang akan diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2012 dan Sekolah Terbaik SPM 2012.. Senarai Pelajar Terbaik SPM 2012 dan Sekolah Terbaik SPM 2012 mungkin akan diumukan secara rasmi nanti..
Read more ...

Saturday, 16 March 2013

Keputusan SPM 2013 diumumkan Khamis ini, 21 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t.. Rupanya betul juga yang Eraz nyatakan dalam entri INI sebelum di edit atau di update selepas mendapat komen pembaca.. Rupa-rupanya keputusan SPM 2012 memang diumumkan pada 21 Mac 2013, Khamis depan.. Eraz tahu ni, semua terjawab lepas tonton Buletin Utama semalam dan pengesahan kali kedua semasa tengok Nightline pula sebelah tengah malam nya..

Jadi, good luck pada semua calon-calon SPM 2012.. Semoga kalian semua mendapat keputusan yang diimpikan.. Termasuklah kepada anak saudara Eraz seorang tu..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 12 March 2013

(UPDATED) Entri Tentang Pengumuman Keputusan SPM 2012 - Pendapat Peribadi


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa tajuk entri ni 'Entri Tentang Pengumuman Keputusan SPM 2012 - Pendapat Peribadi'? Sebenarnya Eraz dah taip dan telah siap tersimpan dalam draft.. Plannya nak publish petang ini.. Sekali masa nak edit, terdelete ALL then auto save entri.. Alahai.. Terus jadi kosong! Jadi dah malas nak taip semula..

------------------------------------------------------
Telah disedarkan oleh pemberi komen Mazelina Zaini, yang mana laporan berita berkenaan ialah berita lama.. Eraz jumpa entri berkenaan di blog lain dan tanpa bacaan yang teliti, tidak sedar akan tarikh berkenaan.. Jadi tarikh pengumuman SPM 2012 mungkin kekal pada 20 Mac 2012.. Harap maaf..
------------------------------------------------------

Sedia maklum, pelajar boleh membuat semakan secara online atau SMS.. Caranya, korang boleh google sebab dah ramai blogger yang buat entri berkenaan.. 

Cuma kadang-kadang terfikir tentang kebaikan semakan keputusan SPM secara online atau SMS.. Rasanya, mungkin ramai yang tidak kan tergesa-gesa untuk ke sekolah bersama rakan-rakan lain kerana keputusan boleh disemak melalui SMS.. Jika keputusan ditakdirkan tidak baik, adakah korang rasa mereka akan juga pergi? So hilang disitu moment berkumpul bersama rakan-rakan yang lain seperti yang berlaku dulu-dulu..

So, ada baiknya mungkin sistem itu diaktifkan pada esokkan harinya atau mungkin sebelah petang selepas semua sekolah dijangka menyerahkan keputusan masing-masing kepada pelajar..

Selain daripada itu, kemungkinan besar, kawan-kawan pun boleh semak keputusan kawan-kawan yang lain jika tahu No. IC dan No. Angka Giliran.. Tak mustahilkan.. Jika jenis yang suka war-warkan kisah orang lain, nasib kurang baiklah kepada rakan yang mendapat keputusan tidak baik itu..

Apa-apa pun, kita kena hargai dan bagi kredit kepada kumpulan individu yang berjaya create sistem ini.. Bukan senang kan..  Ada kelebihannya bagi kes-kes tertentu.. Contohnya memang tak dapat hadir ke sekolah sebab ada masalah kesihatan atau sewaktunya dengannya seperti kecemasan.. Cuma kadang-kadang hanya terfikir seperti di atas.. Hanya pendapat peribadi dari segi aspek kemanusiaan.. Tertakluk kepada terma dan syarat.. 

#Teringat zaman tahun 2001..! Hujung Februari rasanya.. Keputusan peperiksaan SPM 2000 diumumkan.. Tahun pertama bagi SPM Sijil Terbuka.. Tiada lagi pangkat, tiada lagi agregat.. Hanya tanya berapa A atau B dan lain-lain je.. Saat berkumpul bersama kawan-kawan juga tidak dapat dilupakan kerana masing-masing bermain teka teki dalam kepala tentang keputusan masing-masing.. Bila masa beratur untuk mendapatkan keputusan, macam-macam reaksi muncul..

Read more ...