Thursday 14 March 2013

Perihal Takaful Basic Exam (TBE)

Takaful Basic Exam (TBE)

Bermula pukul 10.30 am sampailah 12.30 pm hari ini, Eraz terlibat dengan Takaful Basic Exam (TBE).. Selalunya memang ada dua sesi untuk setiap khamis, pagi dan petang.. Jadi Eraz pilih pagi sebab petang ni, memang ada hal yang kena buat.. So seorang staf lagi akan jaga.. Bukan Eraz yang menduduki Takaful Basic Exam (TBE) ni, tapi hanya menjaga sebab tempat peperiksaan ni dilakukan, di makmal komputer tempat Eraz kerja..

Macam-macam pengalaman, peristiwa, gelagat yang kami dapat tengok sepanjang terlibat dengan TBE ni.. Antara :
  1. Kes 'lebih sudu dari kuah'.. Maksudnya, orang membawa anak buah datang exam, lebih berperangai 'cantik' dari orang yang nak mengambil exam..
  2. Kes yang terpaksa repeat beberapa kali.. Tapi tiada soalan bocor ya.. Minta maaf..
  3. Masalah server yang mana ada beberapa kali terpaksa buat secara manual.. Tapi nyaris-nyaris je la.. Sekejap je bermasalah..
  4. Kes terlalu ramai calon yang tak disangka-sangka..
  5. Kes terpaksa datang di pejabat walaupun hari cuti..
  6. Last but not least, tak pasal-pasal kena marah disebabkan sistem orang lain.. Kita tak bersalah langsung.. Redha..
Tapi semua tu dijadikan pengalaman sepanjang terlibat dengan Takaful Basic Exam (TBE) ni.. Belajar daripada pengalaman, salah satu cara untuk majukan diri.. So hari ini, Eraz doakan semua yang terlibat hari ini akan LULUS dengan jayanya dan keluar dari tempat peperiksaan dengan senyuman.. Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.