Thursday 28 March 2013

Drama Destinasi Cinta Sara di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau siapa-siapa perasan, promo drama Destinasi Cinta Sara ni dah muncul seawal bulan Mac lagi.. Betul tak? Dari segi promo iklan, memang menarik perhatian.. Drama ni lakonan Remy Ishak, Nadiya Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Banyak kali juga nampaknya Remy Ishak digandingkan dengan Nadiya Nissa ni..

Satu lagi, Nadiya Nissa ni memang bagus la sebab berjaya dapatkan watak utama.. Rezeki Nadiya Nissa sekarang walaupun tak berjaya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular walaupun masa tu tengah hot dengan drama Adam & Hawa.. Tapi, walaupun tak tersenarai dalam Top 5, Nadiya boleh berbangga sebab berjaya ada dalam Top 10.. ABPBH tahun depan, tak tahu la lagi nasibnya..

Berbalik kepada drama Destinasi Cinta Sara.. Sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.. Pertengahan jalan dah.. Untuk sinopsis, boleh baca sini :

Sara dan Liza adalah adik beradik.. Sara bekerja di butik pengantin.. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.. Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail.. Mengalah dengan adiknya, Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.. Pada masa yang sama, Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.. Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi.. Dalam mengubat hati yang lara, Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mula jatuh cinta pada Iman.. Tapi tiba-tiba Iman kantoi dengan Sara.. Tentang apa? Tunggu kesudahannya.. Sinopsis dan gambar kredit kepada Admya..

Kesudahan drama Destinasi Cinta Sara ni, kena la tunggu pukul 11.30 malam kejap lagi.. Lagu OST untuk drama ni sama dengan drama Setia Hujung Nyawa iaitu Adamu nyanyian Najwa Latiff.. Sambung layan tengok tv.. Adios Amigos!!

#Isteri Eraz kata, Remy Ishak dengan Afiq Muiz ni seiras... Kalau tengok, memang betul la.. Sesuai berlakon jadi adik beradik.. Anzalna nampak macam budak-budak je dalam drama Destinasi Cinta Sara ni.. Nadiya Nissa, macam biasa..


Published with Blogger-droid v2.0.10

7 comments:

  1. tengok jugak banyak kali iklan ni... cam menarik juga...sebab ada remy ishak...ahaks...afiq muiz tu pun not bad...nama tengah naik tu...

    ReplyDelete
  2. romantika sangat scene nadiya nissa n remy ishak! huhuu.. walaupun remy nampak messy sket, tp dia still look like lelaki melayu terakhir!! huhuuu... tido dibuai angan lepas tgok remy!! hahhaa.. smpai bgun lambat la pg td! kuang3x.. nice n3 eraz!

    ReplyDelete
  3. Remy Ishak my favourite actor orang Melaka,,,suka tengok lakonannya...afiz muiz aktor meningkat naik....sepadan ler dorang....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.