Showing posts with label Anzalna. Show all posts
Showing posts with label Anzalna. Show all posts

Saturday, 17 January 2015

Mak Muda

Mak Muda | Assalamualaikum w.b.t.. Special tajuk kan.. Mak Muda.. Macam-macam cerita boleh buat dengan tajuk entri Mak Muda ni.. Kalau Eraz cerita pasal ni, apa yang boleh dikaitkan? "Maria menjadi janda muda apabila bekas suaminya terlibat dengan kemalangan jalanraya.. Sebagai ibu tiri, Maria terpaksa berdepan dengan sikap Damie yang sering memberontak..".. Sinopsis drama Cerekarama Mak Muda TV3 sebenarnya..

Eraz dapat tahu drama Mak Muda ni, Anzalna yang berlakon.. Tahu pun sebab google je.. Sebab macam takde promo pon kat TV.. So tak sure samada drama Mak Muda ni drama baru atau ulang tayang.. Apa-apa pun, siapa nak tengok drama Cerekarama Mak Muda di TV3 ni, boleh la on TV pukul 9.00 malam ni.. Maybe best, maybe tak.. Peace!!

Read more ...

Sunday, 6 April 2014

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6 - Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang dah tahu yang slot Akasia di TV3 sudah mula menayangkan drama baru lakonan Izzue Islam dan Anzalna Nasir.. Drama berkenaan bertajuk Aku Isterinya.. Adaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress.. Eraz berjaya tengok Aku Isterinya Episode 1 dan 2 minggu lepas.. Boleh tahan tapi kurang faham lagi sebab banyak sangat flashback..

Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 3 - Sikap Mikail sungguh berbeza sekali dengan kehadiran Datin Adiba dimana wajahnya yang selama ini sentiasa serius sudah bertukar menjadi ringan mulut untuk bergurau..

Aku Isterinya Episode 4 - Mikail mengelamun memikirkan tentang Mya sehinggakan kata-kata Datin Adiba seperti tidak dipedulikan.. Dia mula merasakan yang Mya sangat penting untuk dirinya..

Aku Isterinya Episode 5 - Mya betul-betul berasa lega selepas Datin Adiba pulang ke rumahnya.. Manakala sikap Mikail berubah menjadi lebih baik daripada dulu..

Aku Isterinya Episode 6 - Seawal pagi Suzanne sudah pun berada di pejabat Mikail untuk berjumpa dengan Mikail sebaik sahaja kakinya melangkah ke pejabat..

Selamat menonton drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6

Read more ...

Thursday, 28 March 2013

Drama Destinasi Cinta Sara di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau siapa-siapa perasan, promo drama Destinasi Cinta Sara ni dah muncul seawal bulan Mac lagi.. Betul tak? Dari segi promo iklan, memang menarik perhatian.. Drama ni lakonan Remy Ishak, Nadiya Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Banyak kali juga nampaknya Remy Ishak digandingkan dengan Nadiya Nissa ni..

Satu lagi, Nadiya Nissa ni memang bagus la sebab berjaya dapatkan watak utama.. Rezeki Nadiya Nissa sekarang walaupun tak berjaya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular walaupun masa tu tengah hot dengan drama Adam & Hawa.. Tapi, walaupun tak tersenarai dalam Top 5, Nadiya boleh berbangga sebab berjaya ada dalam Top 10.. ABPBH tahun depan, tak tahu la lagi nasibnya..

Berbalik kepada drama Destinasi Cinta Sara.. Sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.. Pertengahan jalan dah.. Untuk sinopsis, boleh baca sini :

Sara dan Liza adalah adik beradik.. Sara bekerja di butik pengantin.. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.. Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail.. Mengalah dengan adiknya, Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.. Pada masa yang sama, Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.. Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi.. Dalam mengubat hati yang lara, Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mula jatuh cinta pada Iman.. Tapi tiba-tiba Iman kantoi dengan Sara.. Tentang apa? Tunggu kesudahannya.. Sinopsis dan gambar kredit kepada Admya..

Kesudahan drama Destinasi Cinta Sara ni, kena la tunggu pukul 11.30 malam kejap lagi.. Lagu OST untuk drama ni sama dengan drama Setia Hujung Nyawa iaitu Adamu nyanyian Najwa Latiff.. Sambung layan tengok tv.. Adios Amigos!!

#Isteri Eraz kata, Remy Ishak dengan Afiq Muiz ni seiras... Kalau tengok, memang betul la.. Sesuai berlakon jadi adik beradik.. Anzalna nampak macam budak-budak je dalam drama Destinasi Cinta Sara ni.. Nadiya Nissa, macam biasa..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 10 January 2013

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir (80) Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum.. Sedia maklum, ramai yang sudah tahu malam ini merupakan episod 80 atau dengan kata lain, episod akhir untuk drama siri Adam & Hawa.. Gambar-gambar di atas merupakan Sidang Media Prebiu Episod Akhir Adam Hawa.. Kredit pada page facebook Adam & Hawa.. Siapa yang dah tahu jalan cerita atau sinopsis episod akhir drama Adam & Hawa? Siapa yang baca novel, mesti dah tahu.. 

Pihak produksi dengan istimewanya buat satu event sempena episod akhir drama Adam & Hawa ni.. Ini kata penerbit drama ini, Datin Zaiton Muhd Jiwa, “Datanglah ke Kari Kepala Ikan Kampung Pandan di Jalan Yap Kwan Seng malam nanti…Kita tonton Adam dan Hawa ramai-ramai…Meriah sikit…tapi jangan sampai mencetuskan huru hara sudahlah..”

Read more ...

Tuesday, 11 December 2012

EDISI Bongkar : Anzalna Nasir Penipu !

EDISI Bongkar : Anzalna Nasir Penipu !

EDISI Bongkar : Anzalna Nasir Penipu !

Gambar di atas dan berita ini bersumberkan oleh blogger HasrulHassan yang banyak memberikan kia pendedahkan kepada blog-blog selebriti Malaysia.. Jadi hari ni Saudara HasrulHassan sekali lagi memaparkan satu isu kepada pembacanya tentang Anzalna Nasir Penipu !.. Bukannya pelakon Anzalna seorang penipu, tapi ada individu yang telah menyamar sebagi beliau dan membuka akaun Instagram.. Berita penuh dengan pendedahan ini, korang boleh klik SINI..

Jika difikirkan, apa yang boleh kita dapat dengan menjadi orang lain? Hanya orang itu boleh jawab.. Jika tidak, tak kan berlaku la ada orang buka akaun Facebook dengan menggunakan gambar orang lain.. Betul tak? Siapa-siapa yang terlibat, mohon hentikan perbuatan tak bermoral tu ya.. Sekian..

Read more ...

Tuesday, 16 October 2012

Anzalna Dikecam dan Dibenci!

Anzalna Dikecam dan Dibenci!



Mesti ramai yang dah tengok CEREKARAMA TV3 : Drama Salahkah Aku lakonan Anzalna dan Sein Ruffedge, Sabtu lepas.. Tapi isu Anzalna dikecam dan dibenci ni bukan sebab drama tu tapi drama Adam & Hawa.. Anzalna fobia apabila aksi menggodanya bersama Aaron Aziz di dalam Adam & Hawa telah dikecam oleh peminat fanatik Aaron Aziz..

"Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai.. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adegan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan.. Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja.. Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan.. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan.. Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan.. Terus-terang saya sendiri benci dengan diri saya bila menonton lakonan saya itu kerana nampak sangat saya perempuan yang menggoda dan jahat. Apatah lagi bila orang lain yang menontonnya.." ANZALNA NASIR

SUMBER

Read more ...

Saturday, 13 October 2012

CEREKARAMA TV3 : Salahkah Aku

Sinopsis Drama Slot CEREKARAMA TV3 - Salahkah Aku
Pelakon : Anzalna, Sein Ruffedge



Mesti ramai yang tengah tengok drama Salahkah Aku di Slot Cerekarama TV3 sekarang.. Sebelum tu, baca sinopsis dulu : 

Takdir menemukan mereka.. Adam dan Allysa adalah sepasang suami isteri tapi berada dalam dunia yang berbeza.. Adam seorang yang warak manakala Allysa seorang yang gemar bersosial.. Puas dipujuk dan menasihati isterinya namun tidak diendahkan.. Atas nasihat Ustaz Khalid tempat rujukan dan guru agama Adam, Adam cuba memasuki dunia Allysa untuk memahaminya.. Namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya.. Adam pula berubah,manakala Allysa cuba menjadi isteri yang Adam impikan selama ini..

Untuk kesudahan drama ni, kena tunggu pukul 12 dulu la.. Lagu dalam drama ni pun bunyinya macam best.. Siapa yang terlepas drama ni, mesti akan ada yang dapat download ataupun ada video di Youtube.. Layan dulu sebab drama nampaknya belum klimaks lagi.. Menarik dari awal sampai sekarang..


Read more ...

Monday, 27 August 2012

Drama Adam & Hawa

Episod 1 : Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD


Selesai drama Adam & Hawa malam ni.. Episod 1 berlalu dengan ....... agak slow kot.. Tak sangka jugak durasi drama ni hanya 30 minit untuk 1 episod.. Patut la banyak giler episod untuk dihabiskan.. Masa dengar2 drama ni nak dibuat, mati2 ingat Osman Ali yang direct! Tapi rupenye Feroz yang jadi director..

Nak review episod pertama, rasenye bukan kemahiran aku kot.. So ape pendapat korang..? Kite kumpulkan kt cni.. Mesti ade pelbagai pendapat lepas smua dah tengok episod 1 tadi.. Ke ade yang boleh download drama ni di internet.. Youtube, maybe ade la tu nanti..

Yang paling menarik skang ni ialah OST drama Adam & Hawa ni.. Gabungan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.. Tajuk lagu tu ialah Muara Hati.. Betul kan? Dah ada kat youtube kalau korang nak layan.. MP3 pun dah boleh download dah.. Korang search je.. Termasuk lah lirik.. Mula2 heran jugak cmne Siti leh nyanyi lagu OST ni.. Rupe2nye, kak ipar dia penerbit.. Patutlaaaa... :-)

Tentang pelakon, memang pelakon dah ada nama.. Aaron Aziz memang tak payah sebut la.. Heroin, memang pelakon ni sangat berbakat.. Sebelum ni dah menang dua anugerah.. Dua2 untuk filem Cun.. Nadiya Nissa.. Kalau korang perasan, di blog ni memang ada entri memperkenalkan Nadiya Nisa (KLIK untuk info tentang Nadiya).. Anzalna? Pun korang dah kenal.. Makeup memang buat dia nampak garang! haha.. Just for info, di awal kemunculan Nadiya Nissa dulu, dia pernah berlakon dalam video klip BISAKAH nyanyian Dato' CT..

Ape2 pun, layan je la untuk episod 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan seterusnye.. Watak Ain sekarang tengah ceria2 lagi.. Mungkin lepas ni akan mula sisi sedih dia.. Layaaaannnnn.. Idea asal entri ni adalah kerana terkejut 1 episod hanya setengah jam.. Sekali dah panjang berjela karang.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Read more ...

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Read more ...

Saturday, 23 June 2012

KENYATAAN Balas ANZALNA : Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah Tetapi Anzalna Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah


DUA-DUA MANIS BERTUDUNG..

Akhirnya Anzalna atau nama sebenar Anzalna Nasir bersuara dengan menyatakan enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada Anzalna, berakhir semalam.. Dalam masa yang sama, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.

“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan.. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti.. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini.. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya.. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri..”

Menurut Anzalna, SENIMAN belum memaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN..

“Saya belum bertemu Neelofa dan kita masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh ditentukan, kita akan duduk bersemuka dan berbincang dengan ketiga-tiga mereka,” kata  Presiden SENIMAN, Zed Zaidi..

Sumber Asal

Read more ...

Wednesday, 13 June 2012

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah


Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.. Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya..

Neelofa beritahu, "Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.. Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.. Saya harap dia memberikan kerjasama.."


Tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.. 

Sedikit info, pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.. Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.. Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.

 SUMBER

SIAPA YANG NAK TENGOK DRAMA LAKONAN NEELOFA, BOLEH TENGOK TV9 SEKARANG.. DRAMA 'JANJI JUJUR SEPI'.. SINOPSIS : Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi selama tujuh bulan semata-mata untuk melihat Dhea kerana dia jatuh cinta pada Dhea.. Namun perasaan malu membataskan keinginan Andy untuk berkenalan dengan Dhea.. Drama ni lakonan Neelofa, Beto Kusyairy, Shah Iskandar, Izreen Azminda..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng

Read more ...

Sunday, 29 April 2012

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna (Metro Ahad)

Korang ada beli Metro Ahad hari ni? Muka depan nya sama cam gambar di bawah.. Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna.. "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa tiga artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."


Berita penuh, memang korang kena beli Metro la.. Ade 4 muka surat yang menceritakan kisah mereka beserta gambar.. 

WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

Antara petikan Metro Ahad..

BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...