Monday 4 March 2013

Ibu terpisah 7 tahun dengan anak lelaki walaupun dalam satu negeri !

Assalamualaikum w.b.t.. Masa dalam kereta tadi, dengar Suria FM bersama Halim Othman dan Adibah Noor.. Salah satu caller yang memanggil tu namanya Kak Ruby.. Dia cerita tentang kisah dia dengan anaknya.. Mereka tak berjumpa selama 7 tahun.. Kak Ruby merintih supaya anaknya pulang berjumpa dengannya lepas lama terpisah..

Yang mengejutkan lagi, Kak Ruby memberitahu dia sekarang berada di Kajang dan mengetahui bahawa anak lelakinya kini berada di Shah Alam.. Berapa jauh Kajang dan Shah Alam tu? Kenapa sampai 7 tahun tak balik jumpa ibunya.. Apa-apa pun, hanya mereka yang tahu apa yang berlaku sebaliknya.. Kita doakan semoga mereka dipertemukan secepat mungkin.. Insyaallah..

#Baru sempat update blog sebab dari pagi drive ke Machang dari Kota Bharu dan terus ke Hospital Machang sebab ambil Ma yang dijadualkan jumpa doktor hari ini..

#Siapa yang dah lama tak berhubung dengan ibu atau ayah, boleh lah call atau at least sms untuk bertanya khabar.. Mana tahu kot-kot mereka sedang ingatkan anda..

#Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog Eraz Fadli

Published with Blogger-droid v2.0.10

23 comments:

  1. la....sampai mcm tu sekali tak balik?

    ReplyDelete
  2. tak sempat dengar penuh tadi..intro ade la dengar..

    ReplyDelete
  3. kila pon dengar pagi tadi...sebak2 kak ruby mintak anak die balik jenguk die dalam fon tadi

    ReplyDelete
  4. mesti ada yang tak kena tu antara ibu dan anak tu...

    sepatutnya sebagai anak, kite kena lah mengalah..

    ReplyDelete
  5. kesian mak dia duk tunggu anak dia balik .

    ReplyDelete
  6. hmm penah je tgk situasi mcm ni..
    ada la konflik pape tu..

    smoga dyorang berdamai kmbali..
    buang yg keruh,mek yg jernih..:)

    ReplyDelete
  7. cuti sem bru dpt blik..tue pun tgk tiket mrh ke tak???lg pun mahal tiket nk blik Malaysia

    ReplyDelete
  8. dekat tapi jauh...mungkin ada yg berjauh hati.... tapi tak elokkan..... ibu dan anak... tak elok berpisah......ibulah nyawa kita....

    ReplyDelete
  9. kekadang kita tak tahu di sebalik konflik family nie...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.