Sunday 31 March 2013

(GAMBAR) Fenomena Skypunch

Assalamualaikum w.b.t.. Fenomena Skypunch.. Sebenarnya, ini pertama kali Eraz dengar tentang Fenomena Skypunch ni.. Semua ni tahu apabila semasa 'merayau' di Facebook tadi.. Seorang kawan USM Eraz dulu, Ejull Makim telah upload 4 keping gambar tentang Fenomena Skypunch ni.. Jadi Eraz printscreen untuk info pembaca blog ini.. Dibawah Eraz dapat info daripada google..

Secara saintifiknya, kejadian skypunch ini berlaku, apabila suhu air di dalam awan itu berada di bawah paras beku, tetapi air dikawasan yang akan berlakunya skypunch itu tidak dibekukan lagi kerana kekurangan zarah penukleusan ais. Air akan membeku apabila zarah penukleusan ais sudah mencukupi. Apabila sebahagian air mula untuk membeku, berlaku proses penolakan antara molekul ais dengan ais yang lain seperti jatuhnya kepingan domino. Akibat proses Bergeron, wap air yang di sekeliling ais tersebut mula membeku dan jatuh bersama-sama dengan ais tersebut.

Bergeron proses ialah proses pertumbuhan hablur ais yang berlaku pada fasa awan campuran (mengandungi campuran air sejuklampau dan dan ais) di kawasan-kawasan yang mana tekanan wap sekeliling jatuh diantara tekanan wap tepu melebihi air dan tekanan wap tepu melebihi ais. Maka berlakunya proses penyejatan air yang cepat dan pertumbuhan kristal ais yang cepat melalui mendapan wap. Kristal ais terbentuk dengan pantas lalu jatuh ke bumi.

Kejadian skypunch juga boleh berlaku akibat berlakunya gangguan dalam kestabilan lapisan awan akibat  jet atau kapal terbang yang melalui awan tersebut. Gangguan tersebut membuatkan proses yang telah dinyatakan lalu menghasilkan fenomena skypunch. Maka skypunch bukanlah kejadian yang aneh atau pelik tetapi fenomena yang biasa berlaku. Maka bersyukurlah dapat melihat salah satu daripada keindahan ciptaan Tuhan.

Kredit : http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2012/05/22/awan-dah-runtuh-dah-akhir-zaman-ke/

#Teringin nak tengok semua fenomena ini dengan mata sendiri..


Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.