Wednesday 13 March 2013

#D4F1 : Salahkah Aku, Gabungan 7 Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

#D4F1 : Salahkah Aku, Gabungan 7 Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia


Apa yang tertarik bagi Eraz untuk buat entri ini ialah gabungan 7 peserta Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 untuk satu video klip lagu terbaru Dafi iaitu Salahkah Aku.. Mengikut Dafi, ini merupakan projek D4F1.. Difahamkan video klip ini dilancarkan di rancangan Meletop, 12 Mac 2013 semalam.. Tapi difahamkan juga ada 4 siri.. Tak pasti la macamana plan 4 siri nya..

Apa yang menarik, Dafi telah mengundang Kaka Azraff, Hairul Azreen, Didie Alias, Hefny dan Hafizul On Air. Manakala Elfira Loy pula menjadi heroin.. Nampak hubungan mereka menjadi rapat setelah tamat pengambaran Fear Factor Selebriti Malaysia 2013.. Tunggu je la video penuhnya.. Nak tengok juga gabungan 7 selebriti tu..

Sekali dengar, lagu Salahkah Aku ni macam menarik.. Terutama bahagian korus.. Dapat tahu lagu Salahkah Aku tersebut ciptaan Ajai dan video klip pula arahan Hadith Omar.. Insyaallah menarik.. Sure lepas ni banyak la muncul link untuk download MP3.. Terutama kepada peminat Dafi ni..

#Sehari dua ni banyak entri serius.. Errrrmmmmmm..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.