Tuesday 19 March 2013

Berada di Dewan Bedah Intan HRPZ II, Kota Bharu

Dewan Bedah Intan HRPZ II, Kota Bharu

Berada di Dewan Bedah Intan HRPZ II, Kota Bharu semalam? Bukannya Eraz di dalam Dewan Bedah Intan tu tapi bapa saudara sebenarnya.. Dia menjalani Pembedahan jantung bypass.. Semalam Eraz cuti.. Selepas selesai menemai isteri ke HUSM sebelah paginya, Eraz settlekan satu hal penting.. Selepas itu, terus ke Dewan Bedah Intan HRPZ II, Kota Bharu tu.. 

Kebetulan ibu Eraz bersama adik-beradiknya datang dari Machang untuk melawat.. Eraz sampai dah tengahari.. Alhamdulillah, selepas masuk ke  Dewan Bedah Intan HRPZ II tu dari pukul 7 pagi, hampir pukul 2 petang, semuanya selamat.. 

#Dulu Eraz pernah memasuki dewan bedah di HRPZ II, Kota Bharu ini.. Tapi dah lupa dewan mana sebab masa masih berumur 12 tahun.. Cuma ingat wad je, Wad 30!

#Selepas selesai pembedahan, Eraz ambil peluang bawa Ma ke rumah dan sebelah petangnya, hantar Ma balik ke Machang bersama isteri.. Terlaksana juga aktiviti INI.. 

14 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.