Sunday 10 March 2013

Awan Dania The Movie vs Awan Dania Musim 1, 2 & 3

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ni.. Pertama sekali, Eraz bukan nak review atau komen tentang filem Awan Dania The Movie.. Filem Awan Dania The Movie ni belum tayang pun lagi kan.. Cuma nak 'berkata-kata' je.. Jujurnya Eraz memang follow drama Awan Dania Musim 1 sepenuhnya dulu.. Sebab masa tu, idea baru yang ditunjukkan.. Untuk Awan Dania Musim 2, tengok episod awal-awal je.. Awan Dania Musim 3 pula, sama dengan Musim 2.. Awal-awal je mampu tengok... Alasan, hilang minat..

Ramai yang tak berapa gemarkan sambungan kisah Dania dalam musim kedua dan ketiga tu.. Pendapat peribadi, watak Dania memang tak boleh dikembangkan.. So jadi seolah-olah caca marba.. Untuk Awan Dania The Movie, bila tengok trailer, seolah-olah kesinambungan kepada Awan Dania Musim 2.. Dari segi jalan cerita, nampak memang kesinambungan drama tetapi bukan lagi kisah-kisah seperti Awan Dania Musim 1..

Antara Awan Dania Musim 1, 2 dan 3, mana pilihan korang? Adakah Awan Dania The Movie akan berjaya saingi Siri TV? Kena tunggu dan lihat.. Pilihan Eraz, tetap Awan Dania Musim Pertama!! Pelakon, jalan cerita, lokasi, semua OK dalam tu..

#Hanyalah pendapat peribadi tentang drama, bukan filem ya.. Kalau tak silap, Scha sendiri pernah keluarkan kenyataan memberitahu bahawa sememangnya watak Dania sudah tidak berjaya dikembangkan dan jika ada sambungan siri, Scha perlu tengok perkembangan watak tersebut dulu.. Sekali lagi, hanyalah pendapat peribadi.. Kepada peminat Awan Dania, korang kena la ke panggung nanti untuk tengok filem ni.. Tapi bukan aku.. Kelantan tak de cinema.. Tunggu tayangan di TV je la..

#Banyak 'giler' dah filem yang tak ditengok walaupun (ada perkataan walaupun) telah ditayangkan di TV.. Tapi jika filem tu menarik, akan tengok dan maybe rekod dengan Astro PVR! Haha.. Paling tidak pun, beli DVD.. (ada juga DVD yang tak ditengok).. Ataupun kalau nak layan filem hanya untuk 2 hari, langgan Astro First.. Bohsia 2 pun baru je tengok last week kot selepas sekian lama di tayangkan.. Haha..

#Drama terbaru yang terbaru yang mungkin menarik untuk korang follow sekali ialah Karlos TV3 setiap Isnin pukul 9 malam... Last week baru episod 1 !

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 comments:

  1. Rindu nak tengok Awan Dania, dengan lagu tema Ilusi nyanyian Adira. Tapi poster tu agak seksi. Seksa mata nak tengok, Huhu. T__T

    ReplyDelete
  2. deno suka tengok drama awan dania...best :)

    ReplyDelete
  3. macam tak percaya je.. kat kelantan takde cinema.... hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percayalah kak mia.. Tp lps ni, tak tahu la...

      Delete
  4. awan dania...memang layan masa musim 1 jer...lepas tu..musim 2 dan 3 dah x follow lagi dah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. macam best aje...ni nak kena pergi tngok ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la best ke tak... eraz tgk trailer je..

      Delete
  6. sama dgn remy...awan dania musim pertama paling best ditonton......

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.