Friday 27 March 2015

Setia dengan Botol Susu MAM


Assalamualaikum w.b.t.. Masa isteri mengandungkan Zara dulu, dalam pada kami survey-survey botol susu yang terbaik untuk bakal anak sulung, terjumpa la MAM.. Ternyata Zara guna sampai la sekarang botol susu MAM ni.. Apa yang kami nak elakkan berlaku ialah kembung perut.. Alhamdulillah, Zara memang tak kena kembung perut.. Salah satu ciri botol susu MAM ialah ada satu komponen yang boleh mengelakkan angin berkumpul dalam botol susu semasa baby hisap.. Rujuk entri INI..

Jadi untuk adik Zara ni juga, kami akan mulakan dengan MAM.. Harapnya dia pun tiada masalah.. Kat Kelantan, agak susah nak cari yang set 3 serta puting yang kita nak.. So kali ni Eraz terpaksa la order online.. Alhamdulillah, tak sampai 2 ke 3 hari, dah sampai kat tangan.. Puting botol susu untuk adik Zara dah ada, cuma puting susu gantian untuk Zara, belum ada stok lagi.. Tapi belum masa perlu tukar, cuma untuk standby.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.