Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 2 March 2015

Adik Zara Faleesya sebenarnya seorang je ..

Assalamualaikum w.b.t.. Masih lagi entri #throwback selepas tahu berkemungkinan besar dapat anak kembar.. Lepas dapat tahu yang isteri berkemungkinan besar mengandungkan anak kembar di kehamilan 6 minggu, doktor memberi arahan supaya datang semula pada 2 minggu lagi untuk sahkan samada hamil kembar tu menjadi atau tidak.. Jadi ini keputusannya.. Macam gambar hasil scan di bawah :


Doktor mengesahkan bahawa kehamilan kembar itu tidak menjadi.. Satu berkembang dengan baik dan jantung telah mula berdenyut.. Dan satu lagi menjadi makin kecil dan tiada penghasilan jantung di situ.. Ini bermakna, satu lagi tidak menjadi.. Jadi sekarang, isteri Eraz hanya hamil seorang sahaja adik Zara Faleesya..

Perasaan bercampur-campur sebab sudah dua minggu kami dapat berita kembar, mental dan fizikal dan bolah terima, plan dah ada, tapi Allah bagi hanya satu.. Kami terima seadaanya.. Janji sihat walafiat semua.. Jadi sekarang, tunggu masa untuk bersalin pada pertengahan bulan 6 ini.. Beberapa hari sebelum puasa..

5 comments:

  1. tahniah !
    take care mommy zara :)

    ReplyDelete
  2. tak kesah la satu atau dua kan eraz,, semoga semuanya selamat nanti.. :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.