Sunday 1 March 2015

Yashmin Fauzi, Wanita Mangsa Samun Gua Musang

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi, dalam Whatsapp Group rakan-rakan sekolah dan sekampung serta di Facebook memberitahu orang yang berasal dari kampung kami telah menjadi mangsa samun.. Bukan berlaku di kampung kami, tapi berlaku di tempat suaminya bertugas, Gua Musang..

Yashmin Fauzi meninggal dunia akibat dikelar di leher oleh penyamun di Kampung Batu Papan awal pagi tadi.. Yashmin ditemui berlumuran darah terbaring di atas jalan di hadapan rumahnya oleh suaminya kira-kira pukul 2.40 pagi, 1 Mac 2015.. Dipercayai mangsa disamun di dalam rumah tetapi diheret keluar ke jalan raya kerana diingatkan sudah meninggal.. Tapi sebenarnya Yashmin belum meninggal dan sempat menceritakan hal sebenar berlaku pada suaminya..

Bahayanya kes samun sekarang ni.. Sampai maut orang dibuatnya.. Teringat kes Ma Eraz yang kena samun tahun lepas.. Nasib baik semua ok walaupun barang kemas sempat di ambil.. Masa tu Ma, adik dan anaknya saje ada dalam rumah.. Walaupun panik, sempat adik meminta tolong orang lain..

Minta jauh semua ni berlaku.. Al-Fatihah kepada mangsa, Yashmin Fauzi dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa..

1 comment:

  1. Al fatihah.. Kejam betul penyamun ni..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.