Thursday 5 March 2015

Mega Expo 2015, Kota Bharu


Assalamualaikum w.b.t.. Wife memang dah lama tengok banner iklan tentang Mega Expo 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu Kelantan yang telah bermula semalam, 04 Mac hingga 07 Mac ini.. Salah satu sebab yang wife Eraz nak pergi sebab ada Pameran Mom Baby & Kids Fair tu.. Pameran Elektrikal, Hiasan Dalaman, PC Fair ke, tak heran sangat sebab tak de benda nak cari..

Tapi untuk Pameran Mom, Baby & Kids Fair tu yes, memang nak pergi sebab al-maklum la nak dapat anak kedua kan.. Panas tak kisah, pergi la sebab pasti dalam tu sejuk kan.. Ternyata dan terbukti, memang air cond mencukupi.. Sejuk, tak panas macam kat luar.. Alhamdulillah.. Zara pun suka suki berjalan ke sana  ke sini tetapi di kawal la..

Cuma yang panas nya, pemilihan booth yang macam tak stabil.. Booth TV, Tilam, Barangan Elektrik, Perabot sangat sangat sangat banyak.. Tapi untuk Pameran Mom. Baby & Kids sangat la mengecewakan sebab hanya ada 4 ke 5 je lebih kurang.. Jadi kami pulang dengan tangan kosong tadi.. Ingatkan dapat la beli sebahagian di situ kan.. 

Masing-masing ada target masing-masing untuk ke sana.. Dah ada target nak beli apa kan.. Jadi tak semua akan kecewa.. Tapi bagi nak belikan barang untuk anak, memang tak puas hati.. Sabar je la.. Lepas je keluar dari Mega Expo 2015 tu, terus kami ke Ozara Cafe.. 

#Mata dan ngantuk

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.