Monday 16 March 2015

Bila beli kasut dengan Papa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz dengan Zara pergi satu kedai kasut biasa Zara dengan Mama dia pergi.. Memang dah ada plan nak beli kasut baru sejak seminggu ni sebab yang lama tu nampak macam dah lama sangat.. Kasut sebelum-sebelum ni banyak yang warna pink.. Tapi kali ni, sebab pergi beli dengan Eraz, kita tukar warna ke biru.. Kenapa? Sebab mata Eraz ni, kalau biru, memang itu la yang paling cantik.. Hehe.. 

Budak kecik ni, kalau beli kasut ke, baju ke, bukan boleh pakai lama kan sebab cepat besar.. Jadi selalu kami akan beli sikit-sikit.. Lepas sebulan, beli yang lain pulak.. At least boleh monitor size kan.. Apa-apa pun, kasut Zara ni kalau boleh kena ada dua tiga tempat sebab kadang-kadang kalau ke mana-mana tertinggal, susah.. Kereta Eraz, wajib.. Kereta Mama, wajib.. Rumah sendiri wajib.. Dan satu tempat lagi di rumah Tok nya.. Hehe..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.