Sunday 22 May 2016

Plan Jalan2 Tak Jadi

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat cuti 3 hari dan bersama wife serta dua anak ni.. Siapa yang tahu camne jadual kerja Eraz, faham la.. Cuti 3 hari kali ni memang digunakan khas bersama family je.. Hari Pertama sempat balik kampung Ma Abah Eraz di Machang.. Stay sampai malam juga.. Kul 11 lebih jugak kot sampai rumah.. 


Walaupun dua hari lepas tu duk rumah je, tapi enjin kereta tu hidup la juga.. Pagi2 keluar walaupun sekejap sebab cari barang dapur dan lain-lain.. Lepas tu memang habiskan masa di rumah je la.. Itu lah beza nya kalau family tu selalu cuti bersama dan tidak.. Ada plan nak keluar, tapi biasa la, last minute tak jadi la pulak..

Kalau sebelum kahwin, lain.. Kalau dah kahwin, lagi la lain.. Lepas kahwin pun ada dua jenis juga.. Sebelum ada anak dan selepas ada anak.. Banyak kali juga plan nak keluar pukul sekian2, tapi tersasar lambat.. Sama macam nak keluar pergi kerja. Selalunya Adam Fitri la punca.. Masa nak keluar rumah tu la dia buang air besar la, macam-macam.. Hehe..

So! Pada yang belum berkahwin, guna masa cuti sebelum berkahwin ni betul2.. Nescay cara hidup korang mesti berubah.. Bukan berubah ke arah yang tidak baik.. Tapi berubah menjadi lebih berbeza.. Masih kategori baik lagi..

Dah ada anak ni, update blog pun guna hp je.. Nak bukak laptop memang kena tunggu anak tidur sebab kalau tidak, dengan anak2 jadi blogger sekali.. Haha.. Sekarang duk update blog sementara jaga anak.. Wife masak untuk dinner.. Zara tidur dan Adam duk tengok Doraemon.. Peace no war.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.