Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 22 May 2016

Mengidam Cendol Pulut Durian / Tapai

Assalamualaikum w.b.t.. Secara tiba-tiba rasa macam 'mengidam' Cendol Pulut Durian atau Cendol Pulut Tapai.. Kalau boleh nak campurkan terus Durian atau Tapai tu tapi risau ke hospital pulak kan.. Mana la tahu.. 'Mabuk' orang Kelantan kata.. Haha.. Cuba ajak wife untuk cari apa yang dihajati semalam.. Boleh bawa anak-anak jalan-jalan sekali kan... Tapi tak sempat nak keluar pula.. Busy mengemas rumah.. Al-maklum la jarang dapat cuti bersama-sama kan.. 



Hari ni? Haaaaa.. Mungkin boleh kot.. Tapi tak sure la lagi tu.. Harap dapat la jumpa yang sedap bodooh orang Kelantan kata.. Baru la tak rugi kan keluar mencari.. Kalau jumpa tempat yang best, boleh la syor pada korang juga kan.. By the way.. Ini bukan sebab mengidam nak dapat adik Adam ya.. Diri sendiri je terasa nak makan ni.. Ngada-ngada.. Haha..

Tiba-tiba teringat masa wife mengandungkan Adam dulu, dan masa tu kami tak tahu pun wife pregnant.. Tapi Eraz sendiri yang mengidam nak makan itu ini masa tu.. Yang Eraz ingat apa yang nak sangat makan masa tu ialah Char Kuey Teow, Beef Steak dan Pavlova.. Nampak tak? Hehe.. Tapi yang cendol saje je nak ngada-ngada..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.