Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 4 May 2016

Shopping Raya 2016 di AEON Mall Kota Bharu ?

Assalamualaikum w.b.t.. Tajuk : "Shopping Raya 2016 di AEON Mall Kota Bharu ?".. Ada tanda soal kan? Memang semalam, kami berdua suami isteri mengambil cuti sempena mengambil peluang untuk terjah AEON Mall Kota Bharu yang baru dibuka Khamis lepas.. Menurut mana-mana kawan yang pergi pada hari pembukaan sehinggalah Ahad baru ni, memang AEON Mall penuh sesak dengan orang.. Rasanya ada SALE jugak kot.. Tapi kami yang memang plan TAK NAK pergi masa orang tengah bersesak, plan la pergi hari ini.. First, SALE memang dah tak de.. Orang? Pun dah lengang.. So memang best la berjalan kan..


Niat pertama sekali ialah ingin Shopping Raya sebab kami memang jenis yang suka shopping Raya awal.. Dalam bulan puasa, memang selalunya memang dah lengkap untuk anak-anak dan diri sendiri.. Ya la puasa kan, masa pun terhad, puasa seharian dan masa itu juga lagi ramai orang mula shopping raya.. Jadi kami, selalunya dah tak fikir nak shopping masa tu.. Wang pun tak de la keluar banyak masa bulan Ramadhan kan.. 

Tapi sayang seribu kali sayang, bila masa pilih-pilih pakaian untuk anak-anak, rasa macam tak banyak pilihan.. Tak tahu kenapa.. So kami lebih banyak jalan-jalan la.. Sebab anak pun ikut sekali kan.. Beli memang beli, tapi kuotanya tak cukup.. Pelik kan sebesar AEON tu tak de yang berkenan.. Hehe.. Mata orang ni lain-lain kan..


So lepas ni sebelum Ramadhan, memang kami perlu menapak ke Manjaku atau KB Mall atau maybe Parkson untuk Shopping Raya sekali lagi.. Itu baru untuk anak-anak, diri sendiri? Hehe.. Apa-apa pun, memang kami plan akan lengkapkan sebelum puasa..

Positif, alhamdulillah, dengan bukanya AEON Mall di Kota Bharu ni, bertambahlah satu lagi tempat untuk orang Kelantan beli belah.. Restaurant makanan pun bertambah.. Sebelum ni tak de di Kelantan, akhirnya wujud di AEON Mall.. Disebabkan tak berjaya shopping raya ni, bukan menyebabkan kami tak akan ke AEON Mall lagi.. Pergi je bila ada peluang.. 

1 comment:

  1. mungkin sebab baru buka, stok pun tak banyak lagi atau stok dia simpan tuk raya hahahaa

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.