Saturday 7 May 2016

Beli Setem Di Pejabat Pos Dah Kena Ambil No.?

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni pernah dengar dari seorang kawan tentang kalau nak beli setem di pejabat pos pun dah kena ambil no. sekarang ni.. Masa tu buat tak tahu je la sebab dalam kepala, bila agaknya nak pergi beli setem kan.. Tapi baru-baru ni, sebab nak guna 300 keping setem, so pergilah sendiri ke pejabat pos.. Sekali memang kena ambil no.. Dah la ramai, menunggu la juga semata-mata nak beli setem kan..


So naikkan satu status ni Facebook macam yang kat atas tu.. So ada dikalangan rakan facebook komen kata, Ya dan ada yang Tidak.. So kesimpulannya, memang betul la sesetengah pos laju mempraktikkan ambil no. juga walaupun hanya nak beli setem.. Dan ada juga pejabat pos yang tak perlu kan.. Maybe kalau yang ramai pelanggan, so wajib ambil no., manakala yang tak ramai, boleh je terjah mana-mana kaunter dulu.. Mungkin la..


Ada seorang kawan juga ( Lan Careno ), ada snap satu notis di atas tu yang mana dia antara kawan yang terawal kena beratur walaupun nak beli satu setem.. Kenapa entri ni di buat? Bukan nak luah perasaan tak puas hati ke apa, tapi just nak bagi ingatan pada pembaca blog ni, kalau masa korang nak beli setem, tiba-tiba kena beratur.. Itu je..

#Kadang-kadang fikir tak munasabah nak beli hanya satu setem, kena beratur kan..

2 comments:

  1. i think ianya sebuah peraturan yg boleh diterima sebab it's kinda fair kepada org lain yg dh lama menunggu and all :)

    ReplyDelete
  2. Bagus sedia satu kaunter khas untuk pelanggan yang hendak beli setem, kalau tiada baru buka kepada pelanggan untuk urusan lain. Ini nak beli satu setem pun kena tunggu lebih 10 orang memang buang masa kita sedangkan beli setem bukan ambil masa panjang, tak sampai 10 saat, tapi kena tunggu setengah jam. Harap Pos Malaysia dapat meningkatkan perkhidmatan ini.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.