Sunday 22 May 2016

Fatin Kelantan Juara Clever Girl Malaysia Pertama

Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah kepada wakil Kelantan iaitu Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha yang berumur 28 tahun kerana telah menjadi juara pertama untuk program TV3, Clever Girl Malaysia.. Fatin merupakan seorang peguam yang semestinya berasal dari Kelantan.. Di pusingan akhir, Fatin berentap dengan Arina dari Selangor..


Fatin yang sebelum ini pernah tersingkir selepas dilihat seorang peserta yang boleh mencabar peserta lain akhirnya diserap semula beberapa minggu selepas itu dengan undian orang awam.. Tuah ayam nampak di kaki kan.. Tuah manusia, tidak ada siapa yang tahu.. Pernah tersingkir dan diberikan peluang kedua.. Akhirnya menjadi juara pula.. Dapat RM 100,000.00 tu.. Tahniah Fatin kerana membawa nama negeri Kelantan..


Fatin juga pernah dikaitkan dengan kontroversi bila ada individu yang tidak bertanggungjawab membuat atau create akaun facebook palsu dan memuat naik status yang menjatuhkan maruahnya.. Terbaru semasa perlawanan kemenangan JDT baru ni.. Eraz baca dalam Harian Metro masa tu.. Belum popular dah kena, lepas ni tak tahu la.. Once again, tahniah Fatin, Peguam dari Kelantan!

1 comment:

  1. Tahniah. Bila jadi 'orang kenal' ni macam-macam kena stanby. Semoga terus berjaya buat Fatin.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.