Monday 2 May 2016

D'Geting Beach Resort

D'Geting Beach Resort | Assalamualaikum w.b.t.. Sejujurnya, walaupun tinggal membesar di Kelantan, seminggu baru ni baru pertama kali dengar tentang kewujudan D'Geting Beach Resort ni.. Ini pun sebab adik-adik ipar yang membuat perancangan untuk ke sana sempena nak celebrate awal Mother's Day.. Kalau tak, memang tak tahu la kot.. Selain tu, plan besar yang lain ialah nak bawa anak-anak main kolam.. Bagi mereka suka-suka..

D'Geting Beach Resort

D'Geting Beach Resort ni terletak di daerah Tumpat, Kelantan.. Atau lebih tepat lagi di kawasan Geting.. Berhampiran dengan kawasan Pengkalan Kubor.. Dalam pada plan nak santai-santai dengan family, main kolam, kami semua tempah satu bilik untuk rehat-rehat dan buat salin pakaian.. Harga? Ok la, tak mahal sangat.. Selesa? Ok la sebab kami pilih bilik yang ada dua katil kecil kot-kot anak-anak nak tidur.. Cuma untuk bilik kami baru, lampu bilik air tidak berfungsi..

D'Geting Beach Resort

Misi utama ialah nak bagi anak-anak happy juga.. So dah bawa siap-siap kelengkapan lain-lain.. Sampai masa, bawa la anak terjun kolam.. Tapi memang dah faham sangat dengan anak-anak terutama Zara, dia memang suka air, tapi tak suka main lain.. Sekejap je main, terus la bagitahu nak masuk bilik.. Kebetulan semalam, Adam pun sama, tak nak duduk lama dalam air.. So tak sempat rambut Papa nak basah, dah Mama dan Papa naik masuk bilik.. Haha..

D'Geting Beach Resort

Keselesaan mandi kolam memang bagus.. Untuk kemudahan lain, Eraz tak sure la.. Sebab kami pun pergi sekejap je.. Kawasan ni juga berhampiran dengan Pantai Sri Tujuh.. Walaupun musim-musim panas ni, kami tengok memang ramai yang duduk berkelah bawah pokok Rhu.. Walaupun pergi sekejap je, tapi di sebabkan nampak anak happy, ibu bapa pun happy la.. Kredit Gambar : FB

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.