Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 21 May 2016

Nasihat Kepada Pemilik Nasi Kerabu Panji, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Ini merupakan satu nasihat kepada pemilik kepada Nasi Kerabu Panji di Kota Bharu.. Walaupun tak pernah beli nasi kerabu di situ padahal rasanya setiap hari lalu lalang di situ pergi atau balik kerja.. Tapi wife memberi cadangan untuk merasa sedap atau tidak Nasi Kerabu Panji yang orang duk sebut-sebut ni.. Nampak macam ramai orang beratur di situ.. Selalu kalau ramai, sedap la kot.. So nak try la jugak kan.. Tapi malangnya balik dengan rasa kecewa sikit..


Kenapa kecewa? Pertama sekali kerana cara melayan pelanggan tu tak kena.. Tak ikut Q.. Yang datang tercegak awal masih belum di layan untuk bungkus tapi yang datang lepas dari kita dapat dulu.. Siapa tak bengang kan.. Tak kisah la orang tu beratur betul atau tidak kan, pekerja mesti kena tahu siapa yang datang dulu..

Kenapa boleh jadi macam tu? Sebabnya tak de arahan tertulis di mana perlu beratur untuk pelanggan yang ingin membungkus (take away).. So akan berlaku orang menunggu di sekeliling kawasan meja tempat menjual tu.. Kalau pelerja tak tengok betul-betul, nasib la orang yang datang lebih awal.. 

Satu lagi dinasihatkan supaya aturkan tugas pekerja berbeza untuk pelanggan yang ingin take away dan yang nak makan di situ.. Kenapa? Pelanggan yang makan di situ di utamakan kan.. Tapi kalau ramai yang nak makan di situ, orang yang nak take away tu menunggu lama padahal nak beli satu bungkus je kot.. 

Ini hanyalah cadangan dari seorang yang tak tahu bila akan pergi lagi kalau keadaan yang sama berlaku.. Terima kasih.. Cadangan ni juga boleh digunakan pada owner kedai-kedai yang lain.. Kadang-kadang kita tak sedar perkara ni terjadi.. Kalau setiap orang ada pengalaman camni, seorang demi seorang tak akan repeat pergi, camne? 

1 comment:

  1. harap2 kedai tu amik tindakan lah. Makanan oii jgn dibuat main.lmmbat sampai boleh bawak gaduh hahaha. Nasi kerabu ? sedpnyaaaa T_T

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.