Saturday 28 May 2016

Selamat Hari Lahir Adam Fitri !!


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni Adam Fitri genap berumur setahun.. Happy Birthday anak Papa.. Papa doakan semoga Adam panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu, jadi anak soleh dan mendapat keberkatan serta kejayaan dunia akhirat.. Papa dan Mama sayang Adam.. Nak hadiah apa? Hehe.. 

Salah satu tujuan penting dengan blog ni adalah untuk Adam dan juga kakaknya, Zara.. Banyak Eraz ceritakan di sini dari mula dalam perut Mama, sampai la sekarang.. So, bila Adam dan Zara dah besar nanti, dah boleh baca, boleh la buka entri-entri papa ni, baca.. Betapa berharganya Adam dan Zara pada papa dan mama dan tahulah macamana susah senang Papa dan Mama besarkan Zara dan Adam.. Insyaallah Papa dan Mama akan pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin.. Insyaallah..

1 comment:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran Adam Fitri....alhamdulillah dah setahun...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.