Thursday 19 May 2016

Produk Ezerra Untuk Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. 2, 3 hari ni kulit Adam di bahagian belakang kemerah-merahan.. Mula-mula sikit je di satu tempat.. Lepas sapu krim yang diberikan oleh doktor, hilang kemerah-merahan tu tapi pergi ke tempat lain pula.. Salah satu sebab jadi merah tu cuaca sekarang.. Sebelum ni tak pernah pun.. Mungkin sangat sensitif dengan cuaca panas dan peluh sampai kulit pun jadi menggelupas..

Yang menjadi kurang risau masa awal-awal tu sebab tempat kemerah-merahan tu tak sakit bila kita tekan dengan tangan dan takde pula tengok Adam macam tak selesa gatal.. Tapi sebab tanda merah tu tak hilang-hilang, risau la jugak kan.. So selain letakkan krim, kami decide untuk tukar sabun mandian kepada jenama baru.. Atas suggestion juga la..


Wife yang minta tolong Eraz belikan produk brand ni.. Ezerra Extra Gentle Cleanser.. Mandian yang sesuai untuk anak-anak yang ada kulit yang sensitif dan kering.. So baru je beli ni, tak tahu la kehebatan produk ni.. Kite try dulu..

2 comments:

  1. masa anak fiqa kena ekzema pun mcm2 produk try..lagi teruk masa cuaca panas..last2 tukar sabun homemade..skrg bebas sepenuhnya dari ekzema..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.