Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebut Nadya Syahera mesti ramai yang tak berapa nak kenal lagi kot walaupun Nadya Syahera ni pernah muncul dalam beberapa drama popular sebelum ni.. Mungkin juga disebabkan watak yang tak berapa penting.. Tapi selepas munculnya drama Dia Semanis Honey, nampaknya nama Nadya di menjadi sebutan.. Tapi bukan dengan panggilan Nadya.. Nama Bella yang disebut-sebut.. Kenapa?
Nadya Syahera
Sebabnya Nadya membawa watak seorang Antigonis bernama Bella iaitu seorang wanita yang cuba untuk mendapatkan Ahnaf (lakonan Alif Satar) daripada Hani (lakonan Siti Nordiana).. Pelbagai cara Bella lakukan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam masa yang sama, Bella menerima arahan daripada bosnya untuk mendapatkan sesuatu dari Ahnaf..
Nadya Syahera
Selain itu, Nadya nampaknya dikecam disebabkan oleh beliau seorang wanita yang berhijab di dunia realiti tetapi melakonkan watak seorang yang sangat jahat, perempuan simpanan dan mempunyai adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita.. Semalam #KecamBella trending di twitter.. Sejak watak Bella ni muncul, memang drama ni menjadi semakin hot..



