Friday 27 May 2016

Misteri Ayam Jantan

Assalamualaikum w.b.t.. Hairan bin Ajaib juga sebenarnya sebab bermula malam semalam, tiba-tiba ada seekor ayam jantan sesat datang tidur di depan kawasan rumah.. Mana datang entah.. Sehari sebelum tu ada nampak dia main depan rumah jiran sebelah.. Tapi rasa macam dia tak de pelihara ayam jantan.. Burung ada la.. Buat tak tahu lagi masa tu sebab tak kacau rumah kita kan.. Tapi..


Dua malam lepas ayam jantan tu datang tidur betul depan pintu rumah kita dan siap buang ayam air.. Aik! Dia datang bawak masalah la pulak.. Terus halau keluar pagar.. Ingat kan dah tak de la kan sebab siang hari tak de la pulak nampak.. Tapi semalam dia datang lagi senyap-senyap.. Kami sekeluarga tak tahu pun.. Sedar-sedar dengan ada macam sesuatu di luar.. Dan nak tahu apa berlaku pada pukul 4 pagi? Ayam jantan tu berkokok!!!

Adam ok tidur nyenyak.. Zara siap bangun cakap ayam ayam ayam lagi.. Adoi.. Dah macam kat kampung-kampung pulak.. Dah la ayam tu berkokok depan rumah betul-betul.. Apa nak buat ni.. Malam ni nak tengok dia datang lagi ke tidak dan nak tanye jiran, ayam siapa sebenarnya.. Kami rasa ayam ni sesat..

Disebabkan ayam ni sesat, bangun pagi-pagi dah tambah lagi satu kerja sebelum bersiap ke tempat kerja.. Iaitu bersih najis ayam kat depan rumah.. Adoi.. Nasib badan.. Mesti ada je perkara baru yang berlaku.. Hehe.. Kita tunggu malam ni pulak macam ni.. Sabar je la..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.