Monday 7 March 2016

Mentor Milenia vs Konsert Mega Gegar Vaganza

Mentor Milenia vs Konsert Mega Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Sepanjang berlangsungnya program Mentor Milenia ni, sekali je tengok.. Tup tup malam tadi dah final rupanya.. Mana la hilangnya power Mentor Milenia sampaikan Eraz tak ingat langsung akan kewujudan program ni.. Mungkin orang lain follow kan.. Tapi sekali je tengok program tentang program Konsert Mega Gegar Vaganza baru ni, terus dah set dalam kepala, aku mesti tengok.. Disebabkan ditayangkan serentak, memang tenggelam terus la ingatan pada Mentor Milenia.. Yang pasti, kedua-dua program di taja oleh Dato' Seri Vida! Cool..

By the way, selepas baca berita pukul 2 pagi tadi, akhirnya dapat tahu siapa yang menjadi juara Mentor Milenia.. Eraz pernah buat entri sekali sebelum ni pasal Mentor Milenia.. Masa tu rasanya Qody ke dapat hadiah mingguan kalau tak siap.. Dua ke tiga kali gitu.. Ingatkan dia la juara, rupa-rupanya rezeki pada anak kepada Fauzi Nawawi, Fareez.. Muka dia memang sebijik macam ayah dia.. Ada video di youtube yang Fauzi Nawawi dan Lisdawati datang untuk memberi sokongan..

Dan yang paling gempak malam ni ialah Konsert Mega Gegar Vaganza malam tadi.. Pertama sekali yang ditunggu ialah telatah dan gelagat pengacaranya, Nabil dan Jihan.. Selepas sedikit kecewa dengan pengacaraan di Anugerah MeleTOP Era 2016 baru ni, malam ni mereka menebus kembali kekecewaan itu.. Serius boleh katakan, kalau pasangan pengacara terbaik setakat ini ialah Nabil dan Jihan.. Kan best kalau mereka digandingkan untuk Anugerah Bintang Popular nanti.. Hehe.. 


Kedua yang ditunggu ialah persembahan Siti Nordiana.. Lagu pertama Nana dan membuatkan kita dengar dari awal sampai habis.. Cinta Hanya Sandaran yang diberikan nafas baru oleh Siti Nordiana selepas menang Juara Gegar Vaganza 2015 yang lepas.. Dan Nana sempat nyanyi lagu Kerana Terluka - nyanyian asal Nurul.. Momentum yang sama dengan persembahan Nana untuk lagu Putus Terpaksa yang sama.. Serius buat kita tengok dari awal, hingga ke akhir persembahan lagu tu.. Haleeda pun not bad.. 

#Pasti video nyanyian Siti Nordiana - Kerana Terluka akan viral !

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.