Wednesday 30 March 2016

Bila Adam Fitri Bersongkok & Berjubah !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dah lama teringin nak pakaikan Adam Fitri jubah.. Jubah yang Adam pakai ni sebenarnya atok dan nenek belikan masa tunaikan umrah bulan Disember lepas.. Tiba-tiba hari Isnin lepas, Mama dia rasa nak pakaikan jubah tu.. Songkok tu baru beli sehari sebelum tu untuk bekalan hari raya nanti.. Jarang-jarang nampak kat sini, orang pakai jubah dengan songkok.. Tapi budak-budak, saje-saje pakaikan je la.. Kopiah dah ada tapi tak larat nak carik..


Satu je lagi tak nampak sangat Adam pakai jubah sebab Adam masih tak boleh berjalan.. Kalau boleh berjalan, memang macho la kan.. Sekarang Adam dalam proses nak berjalan.. Dah boleh bangun dengan berpegang pada sesuatu.. Rasanya raya ni mungkin akan dapat berjalan kot.. Insyaallah.. Perkembangan Adam ni memang cepat.. Anak lelaki kot.. Perangai pun berbeza dengan Kakak Zara masa kecil dulu.. Adam ni, kalau nak susu, akan berbunyi sampai la dapat susu.. Kalau geli tekak, memang over bunyinya macam nak muntah.. Haha..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.