Sunday 27 March 2016

Masa untuk Renew Roadtax Kali Kedua Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ikutkan jadual hari ni, memang padat.. Dari pagi sampai ke petang kot.. Maafkan Papa, hari ni anak-anak kena ke nursery sebab kena bagi laluan untuk Papa settlekan hal ni.. So! Lepas je hantar anak-anak ke nursery, macam ala-ala nak pergi kerja, terus ke AmBank Kota Bharu untuk renew roadtax kereta wife.. Itu yang tajuk renew untuk kali kedua tahun 2016.. Kereta Eraz dah selamat Januari baru ni.. Sebut bab roadtax, ramai yang kerut dahi sebab kena keluarkan duit kan.. Tapi tetap kena spend duit sebab nak guna hari-hari kan..


Jarang-jarang berlaku dapat No. 1 ni kat kaunter ni.. Haha.. Macam happy pun ada.. Harap dapat settle awal sebab lepas ni nak teruskan hal kedua untuk hari ni pulak.. Fikir-fikir, duit memang keluar macam air mengalir la hari ni.. Tapi tak boleh di elak as usual.. Kang berbahaya kepada pengguna kereta.. Orang yang kita sayang jugak kan.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.