Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 15 March 2016

Menu Ikan Bakar bertukar ke Menu Room Service

Assalamualaikum w.b.t.. Lagi kisah di Kuala Terengganu baru ni.. Sebelum pergi lagi, wife dah request.. Malam pertama sekali di sana, nak try makan ikan bakar di Kuala Terengganu tu.. Kira cari tempat yang paling best la kan.. So apa lagi, whatsapp la seorang kawan yang memang tinggal dan kerja di Terengganu tu.. Juga whatsapp kat satu group whatsapp.. Up la juga satu status di facebook.. Ya la, setiap orang ada citarasa yang tersendiri kan.. Kita tengok mana jawapan yang banyak so mungkin tempat itu la pilihan utama kan.. Ok! Akhirnya boleh buat kesimpulan, jawapan ramai memberitahu kedai ikan bakar paling best ialah di Kuala Ibai.. Bawah jambatan ke apa tah..


Tapi sedia maklum yang Adam Fitri tiba-tiba demam teruk kan.. Kalau ikutkan hati nak keluar dan makan ikan bakar, memang belasah je keluar kot.. Tapi selesa kah korang keluar makan best-best tapi anak tak selesa di situ.. Mungkin kena dukung ke apa ke kan.. So lebihkan keselesaan anak, jadi kami terpaksa batalkan rancangan untuk dinner ikan bakar.. So malam tu kami ber'santai' sahaja di bilik hotel.. Tapi nak makan apa kan.. Tak kan nak pergi beli bungkus.. Pinggan, sudu semua mana ada kan.. Ok.. Room Service!! Mustahil tak de kan di Hotel Permai ni.. Risalah tak de atas meja.. Sekali duk dalam laci..

First time kot try room service.. Setakat duduk di hotel samada pergi training je, mesyuarat ke, tak pernah la lagi gunakan perkhidmatan room service ni.. Harga sah-sah la boleh tahan kan.. Rasa? Bergantung pada hotel tu la.. Tengok menu yang ada.. Errrmmmm.. Terpaksa la pilih yang biasa makan.. Berbaloikan dengan harga di akan dibayar nanti, dengan makanan yang akan dimakan nanti? Tak pe la, better order dari keluar dan anak tak selesa kan.. Bila ting tong makanan sampai.. Memang betul yang bermain di fikiran.. Belasah saje lah..

Lepas makan secara bergilir, memang tidur awal la kami sambil berjaga kot-kot demam Adam makin teruk.. Zara memang tidur lewat sikit.. Tapi kalau dia dah tidur, memang pagi la bangun.. Adam? Dia tidur tapi kul 3 pagi dia bangun nampak macam ok sikit.. Tak ulik dia tidur, kasi dia main untuk cergaskan badan.. Suap makanan baby kat Adam sebab sebelum tidur tu, dia muntah.. Sampailah pukul 5 dia main, then bagi susu, dia tidur balik.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.