Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 15 December 2015

Konsert Gegar Vaganza Akhir | Siti Nordiana Juara


Assalamualaikum w.b.t.. Juara Gegar Vaganza 2015 a.k.a Musim Kedua, Siti Nordiana.. Rasanya salah satu program yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia pada Ahad malam yang lepas.. Pada mula program Gegar Vaganza terbaru ni, memang ramai yang mengandaikan Farahdhiya yang akan menjadi juara termasuklah Eraz sendiri.. Tetapi selepas minggu Siti Nordiana menyanyikan lagu Madah Berhelah, nampak ada sesuatu pada suara Siti Nordiana.. Akhirnya tekaan juara itu berubah pasti selepas Siti Nordiana menyanyikan lagu Nirmala dan seterusnya Ku Tak Akan Bersuara dan Mengapa.. Semua mendapat pujian juri dan memang menyanyi sangat best!

Setelah mendapat lagu tugasan Putus Terpaksa untuk malam akhir, sekali kuat mengandaikan kalau Siti Nordiana menyanyi dengan baik, title juara tu akan terpahat dalam sejarah seni Siti Nordiana.. Tapi bila mendapat lagu battle Awak Kat Mane, errrrmmmmm.. Mungkin akan ada satu kekurangan di situ.. Dan terbukti pada malam final, persembahan vokal Siti Nordiana untuk lagu Putus Terpaksa memang terbaik dan memang melayakkan dia menjadi juara.. Alhamdulillah, rezeki Siti Nordiana yang sebelum ini pernah menjadi penyanyi dan berkubur tetapi dengan Gegar Vaganza, dia dapat membuktikan sesuatu..  Dengan imej muslimahnya lagi, bertambah rasa kagum pada dia..

Dengan title juara Gegar Vaganza musim kedua ini, berharap akan kerjaya seni Siti Nordiana akan bertambah baik dan semakin maju serta ada pengiktirafan lain yang muncul.. Mungkin rezekinya sebagai penyanyi bermula di sini kan.. Ok! Farahdhiya.. Berada di tempat kedua memang ramai yang menjangkannya.. Selepas Dato' Ramli MS memberi komen bahawa markah Siti Nordiana lebih semasa nyanyian solo, tapi Farahdhiya yang mendapat tempat kedua, kelebihannya pada nyanyian battle dengan lagu Oh La La.. Apa-apa pun, ketidakpuasan hati mana-mana pihak tu memang ada dalam semua hal.. Tak boleh nak kata apa.. Bnayak juga isu dibangkitkan oleh netizen lepas program tu.. Tapi yang pasti,..

Memang coleteh Nabil dan Jihan akan dirindui.. Gabungan mereka memang menjadi.. Sampaikan Dato' Ramli MS yang sangat serius sebelum ni pun boleh melawak dengan dia.. So mereka memang terbaik.. Gabungan yang sangat ber'kimia'.. Harapnya Gegar Vaganza musim akan datang menggabungkan mereka lagi.. Cool..

6 comments:

  1. Jgn lupa dato' vida pon lawak jugak. Like statement die kutuk astro.. x kering gusi tengok gv2..

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk Nana...dan PC suka tengok nabil dan jihan bila asyik sakat dato ram...dato ram sporting dan cool..sebenarnya itu lagi buat penonton respect..bertegas,bergurau biar bertempat..yang PC nampak dato ram pakar dalam bidang muzik tapi dia tidak sombong..

    ReplyDelete
  3. Ya, betul.. tak dinafikan celoteh nabil gan jihan memang menjadi walaupun ada seketika cam blur sekejap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mereka antara pasangan yang terbaik..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.