Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 22 March 2016

Aktiviti Luar Bersama Anak Selepas Balik Kerja

Assalamualaikum w.b.t.. Salah satu aktiviti luar bersama anak-anak kalau ada masa selepas balik kerja.. Kerja ni kadang-kadang balik lambat, ada ketika balik awal.. Tapi kalau ada masa untuk balik awal, memang akan bawa anak-anak jalan-jalan kat luar sebab nak bagi mood riadah sikit.. Kalau tak sempat nak jalan-jalan pun, selalu Zara yang dah besar sikit tu tolong Mama atau Papa kemas kawasan depan rumah.. Tak nak hanya mereka habiskan masa di dalam rumah sahaja.. Rasa bersalah pun ada.. Mungkin bila Adam dah besar sikit, boleh buat jadual hari-hari tertentu untuk aktivit riadah ni.. 


Kalau ditenggokkan dalam gambar di atas, masa ni kami bertiga tanpa Mama keluar jalan-jalan di petang hari.. Si kakak tu memang tak payah nak cakap apa la.. Kalau keluar jalan-jalan memang dia suka.. Dia jalan je sendiri tapi tak bagi jauh sangat.. Kalau jalan sibuk sikit, memang Zara akan jalan tepi Papa.. Kalau ada kereta atau moto, dia akan berhenti sekejap atau datang peluk kaki Papa.. Atau terus pegang tangan.. Mungkin dia rasa nak selamat dan bagus la kan.. Memang kena lebih berhati-hati..

Adam.. Adam ni kadang-kadang dukung macam tu je.. Kadang-kadang bawa keluar stroller.. Yang pasti, dua-dua dia ok dan duduk baik-baik.. Zara ni memang dah biasa kalau keluar berhampiran dengan kawasan taman ni, mesti akan menuju ke kedai jual waffle dan ice blended.. Harga memang tak mahal la sebab kakak yang berniaga tu target budak-budak kawasan sekitar tu je.. Dan yang pasti, memang sentiasa penuh.. Kita tengok pun seronok kan.. Apa-apa pun, memang Eraz sendiri rasa macam puas hati kalau dapat bawa anak-anak keluar jalan-jalan macam ni..

2 comments:

  1. kalau putrajaya, balik kerja terus masuk rumah..hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. ibubapa sendiri akan rasa seronok bile tengok anakII gembira dapat luangkan masa bersama :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.